BERITA BAIK Buat Anda Yang Tinggal Di Johor Bahru Dan Kota Kinabalu
Permintaan yang tinggi daripada pelanggan luar Lembah Klang untuk servis urutan membuat kami teruja!
SENTUH mula meluaskan servis di Johor Bahru dan Kota Kinabalu sejak pertengahan tahun lalu. Tetapi ketika covid-19 melanda, kami terpaksa menghentikan sementara operasi sehinggalah 1 Julai lalu, atas kebenaran pihak berkuasa.
Demi memastikan keselamatan pelanggan setia terjamin, SENTUH juga mengikuti Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Anda boleh tonton video langkah-langkah etika prosedur daripada terapis sebelum memulakan tugas seperti di bawah.
Dalam pada itu, sebagai tanda penghargaan, SENTUH menawarkan diskaun 20% untuk semua servis kepada pelanggan di Kota Kinabalu. Cara untuk mendapatkan diskaun adalah dengan menggunakan kod promo: KK20 ketika membuat tempahan. Manakala untuk anda yang tinggal di Johor Bahru, anda sudah mula melakukan tempahan seperti biasa.
Bagi memudahkan proses tempahan, SENTUH kini telah melancarkan aplikasi kami yang anda boleh muat turun di Apple store dan Google Play Store. Jangan lupa layari sentuh.my untuk info lanjut tentang servis kami.
0 Comments