Urutan Mampu Kurangkan Risiko Tekanan Darah Tinggi!

Published by sentuh on

Hypertension ataupun tekanan darah tinggi boleh berlaku kepada semua orang. Ia berlaku apabila anda mengalami stres melampau, pemakanan yang tidak sihat, kurang bersenam dan juga keletihan akibat kurang tidur yang cukup.

Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dengan banyak, obesiti, kurang tidur dan bersenam serta diet yang tidak seimbang menyumbang kepada tekanan darah tinggi. Menurut kajian perubatan di Amerika Syarikat, urutan membantu mengurangkan tekana darah tinggi.

KEBAIKAN URUTAN UNTUK KESIHATAN

1. Urutan membantu tubuh untuk de-stress dan melegakan kelesuan. Ia melancarkan darah sekaligus membuatkan kesihatan mental anda menjadi lebih baik.

2. Untuk anda yang mengalami stres melampau, selain perlu mendapatkan tidur yang cukup dan mengamalkan diet seimbang, urutan juga membantu anda mengawal tekanan dan mengurangkan keletihan.

3. Kesakitan pada otot juga menggangu mood anda seterusnya membawa kepada tekanan mental. Urutan deep tissue melancarkan darah ke seluruh bahagian tubuh dan menyembuhkan kesakitan otot jika dilakukan secara berperingkat.

4. Urutan membantu anda tidur dengan nyenyak. Lelaki dewasa perlu mendapatkan tidur diantara 6-8 jam sehari. Badan anda akan berasa lega dan tenang selepas sesi urutan.

Di SENTUH, kami menawarkan pelbagai servis urutan yang dikendalikan oleh terapis bertauliah. Untuk anda yang mahukan urutan dirumah kerana tidak mahu memandu keluar, dengan SENTUH, anda hanya memesan tempahan servis pilihan dan terapis akan datang bersama kelengkapan spa urutan. Untuk check out servis SENTUH, klik di sini – SENTUH SERVICES


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *