Mudahnya Nak Cerahkan Semula Bibir Kusam Dan Gelap

Published by sentuh on

Bibir gelap dan berwarna kusam terjadi disebabkan daripada terlalu kerap minum kopi, teh dan juga merokok.

Ingin mengembalikan warna cerah pada bibir anda? Ini beberapa cara yang boleh anda cuba.

1. Serum Lemon Madu

Anda hanya perlukan satu sudu makan air perahan lemon dan madu yang dicampur dan dioles merata di bibir. Lemon akan mencerahkan pigmen bibir dan madu akan menutrisi bibir dan melembapkan sehingga bibir kelihatan merah alami.

2. Minyak Badam

Cukup ambil satu titis minyak badam dan oles merata di bibir. Lakukan rutin setiap kali tidur. Bukan hanya akan mencerahkan bibir malah minyak badam tersebut akan melembabkan secara semula jadi

3. Jus Timun

Ambil sepotong timun dan haluskan. Oles ke bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan bilas. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.

4. Skrub Kunyit

Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi pes. Sapu dan biarkan sehingga kering. Kemudian urut dan skrub merata bahagian bibir untuk mengangkat sel-sel mati supaya bibir lebih bersih dan cerah.

Photo by Constantinos Panagopoulos on Unsplash
Writer: Alis Natassha

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *