Rambut Gugur Setiap Hari? Ini Rahsia Untuk Atasinya
Keguguran rambut adalah masalah normal bagi semua wanita terutamanya untuk individu yang bertudung. Ramai yang sanggup melabur wang dengan jumlah besar semata-mata untuk membeli produk-produk syampu mahal, tonik rambut, pergi membuat rawatan di salon tetapi masih tidak dapat menyelesaikan masalah keguguran.
3 rahsia rawat rambut secara semula jadi
Aloe Vera
Cara menangani rambut gugur secara semula jadi boleh menggunakan lidah buaya. Aloe Vera mengandungi banyak nutrien yang boleh menjadikan rambut menjadi lebih sihat, lebih kuat dan merangsang pertumbuhan pada kulit kepala.
Hazelnut
Kandungan minyak hazelnut sangat sesuai untuk mengatasi keguguran rambut, menguatkan akar rambut, dan menyuburkannya dengan nutrien. Hazelnut digunakan secara meluas sebagai rawatan kerana ia sangat mudah untuk didapati dan murah. Daripada perlu menggunakan produk syampu yang cenderung mahal. Dengan hazelnut, anda boleh menjimatkan kos tetapi mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi jika dilakukan dengan betul.
Avokado
Avokado dikenali sebagai bahan semulajadi yang boleh mengatasi keguguran rambut. Kerana kandungan protein yang terkandung dalam buah ini sangat berkesan untuk menguatkan rambut dan memberikan nutrisi yang tepat. Selain dapat menguatkan, Avokado juga dapat merangsang pertumbuhan rambut anda.
Photo by kyle smith on Unsplash
Ditulis oleh: Allis Natassha
0 Comments