Kulit Muka Kusam Dan Kering? Ini Sebabnya…
Pernah tak rasa kulit muka kering, tegang dan nampak kusam? Itu tandanya kulit muka anda dehydrated dan kekurangan air. Apa yang anda perlukan ialah moisturizer!
Kurangkan masalah kulit:
Antara ciri-ciri kulit dehydrated ialah kulit kelihatan kusam, rasa kasar dan tegang. Selain itu, kulit anda akan jadi lebih sensitif dan berkedut. Jadi cara untuk mengurangkan masalah-masalah kulit macam yang dinyatakan adalah dengan memilih jenis krim pelembap wajah yang sesuai.
Bila kulit dah terlalu kering atau berminyak, jerawat akan datang menyinggah. Menurut pakar, jika anda mempunyai kulit terlalu berminyak, anda perlu cari moisturizer dalam bentuk losyen.
Selamat tinggal kedutan!
Ucapkan selamat tinggal kepada kedutan kat muka anda dengan amalkan memakai moisturizer setiap hari. Bila anda dah amalkan rutin ni, anda akan rasa perbezaannya. Tak percaya cubalah!
Pulihkan muka kusam:
Kalau kulit anda kelihatan kusam, maksudnya kulit anda tak cukup hydrated lagi. Rutin memakai moisturizer setiap hari boleh membantu membaiki tona-tona kulit yang tak sekata kat muka anda. Barulah nampak cerah dan berseri!
Muka kekal awet muda:
Dengan memakai moisturizer, kulit anda akan jadi lebih anjal dan lembap. Ini yang akan buat anda nampak lebih muda dari usia. Sebab tu penting untuk pastikan kulit wajah sentiasa lembap.
Makeup lebih flawless:
Perasan tak kadang-kadang foundation dan concealer yang korang apply di sekitar mata dan muka jadi merekah bila dah seharian pakai makeup? Percaya atau tak, rahsia untuk dapatkan makeup lebih flawless adalah kulit yang hydrated! Sebaiknya dah apply moisturizer, tunggu sekejap dalam 5 minit sebelum apply foundation untuk memberi kulit anda menyerap moisturizer.
Selain mengoles krim pelembap setiap hari, anda juga perlu melakukan rawatan wajah setiap minggu seperti skrub wajah, memakai face mask dan detoksifikasi. Check out rawatan wajah di SENTUH, khas untuk anda yang malas keluar rumah ke spa.
Tempah servis rawatan wajah di SENTUH dan kami hantar terapis ke rumah anda!
0 Comments