5 Sebab Anda Perlu Menggunakan Facial Mask
Masker muka seperti sheet mask dan mud mask adalah antara produk yang harus anda sekalikan dalam rutin anda. Bukan setiap hari tetapi apabila perlu kerana ia akan membantu anda dalam pelbagai aspek. Dari menghidrat kulit hingga ke membuang minyak berlebihan! Facial masks do almost everything to help with almost every kind of skin concern
Ini adalah 5 sebab anda perlukan facial mask dalam rutin penjagaan kulit anda:
Membantu anda untuk relaks
Selain membantu menjaga kulit anda, facial mask juga memberi anda peluang untuk wind down dan tenangkan diri apabila perlu. Lebih-lebih lagi jika anda baru sahaja mengharungi hari yang sibuk. Get that “me time”and don’t take yourself for granted.
Pembersihan lebih mendalam
Ya anda menggunakan pencuci muka setiap hari untuk membersihkan muka anda daripada segala kotoran yang terkumpul namun tahukah anda facial mask boleh membantu membersihkan kulit dengan lebih mendalam? Segala kotoran yang berlebihan boleh dihilangkan dengan penggunaan facial mask.
Memastikan pori anda bersih
Kotoran yang membuatkan pori anda tersumbat membuatkan kulit anda nampak tidak sekata dan berjerawat akibat bakteria yang terhasil jauh di dalam kulit anda. Penggunaan facial mask mampu mengatasi masalah ini so what are you waiting for?
Membantu meratakan tona kulit anda
Facial mask amat berguna jika anda mempunyai masalah hyper-pigmentation dan kulit tidak sekata. Sekaligus meningkatkan kadar oksigen kulit anda.
Seri kulit lebih ketara
Dengan melancarkan pengaliran darah dalam kulit anda, kulit berseri bukanlah satu perkara yang impossible. Proses pengeringan mask dan apabila anda menarik/mencuci mask tersebut membantu mengembangkan saluran sekaligus memberi anda kulit berseri dan sekata.
0 Comments