7 Sebab Kenapa Urutan Itu Penting Dalam Kehidupan

Published by sentuh on

Tidak kisah samada urutan manja daripada pasangan mahupun di spa kegemaran, anda memang perlukannya untuk kehidupan yang lebih sihat!

Maybe not having it daily, but getting massaged can actually benefit your health. Sentuh senaraikan kenapa rawatan urutan adalah satu keperluan pada tubuh dan bukannya ‘kehendak’.

  • The safest painkiller. Pengambilan ubat tahan sakit dalam tempoh yang panjang tentu sekali memberikan kesan buruk pada dalaman tubuh. Teknik urutan yang betul dan secara konsisten membantu melegakan kesakitan pada bahagian tubuh. Pakar terapi urutan lebih arif melakukan urutan pada point yang betul. Urutan secara deep tissue melancarkan peredaran darah sekaligus menghentikan mimpi ngeri kesakitan anda.
  • Meningkatkan sistem imuniti. Urutan bukan sahaja melancarkan peredaran darah malah meningkatkan komposisi darah menjadi lebih baik. Dengan urutan selama 45 minit, ia mampu meningkatkan kadar protein darah, dimana ia melindungi tubuh daripada tumor dan serangan jangkitan virus.
  • It improves your flexibility. Fleksibiliti yang bagus menjadikan hubungan intim anda dan pasangan lebih bahagia. Urutan selama 30 minit, dua kali seminggu mampu menjadikan tubuh lebih fleksibel.
  • Senaman menjadi lebih mudah. Senaman tidak menjanjikan masalah otot ketat berkurangan. Teknik senaman yang salah tanpa regangan menyebabkan otot boleh membengkak. Urutan mampu memulihkan otot yang sakit dengan melancarkan peredaran darah di tubuh anda.
  • Mengubati insomnia. Tidak perlu lagi mengira bintang ataupun kambing biri-biri untuk tidur dengan mudah! Urutan di wajah dan tapak kaki membuktikan ia mampu memudahkan tidur anda.
  • Gembira sepanjang hari. Bebanan kerja di pejabat membuatkan tubuh menjadi lemah dan lesu. Urutan tubuh seminngu sekali menjadikan tubuh anda segar dan bertenaga sepanjang minggu. No more grumpy Mondays!
  • Mengurangkan migrain. Banyak perkara yang mengundang sakit kepala. Urutan di kepala dan leher selama 30 minit melancarkan peredaran darah di bahagian kepala ke otak. Tak percaya, cuba tempah pakej urutan di Sentuh!
Sumber: cosmopolitan.com
Foto: pexels.com

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *