SENTUHCARE POLICY – Garis Panduan Keselamatan COVID19
Tidak perlu keluar rumah dan nikmati servis spa mobil terbaik terus ke rumah anda!
Semua tahu yang perkhidmatan urutan dan kesihatan sangat penting untuk mengurangkan stres dan mengekalkan sistem imunisasi yang kuat. Dalam usaha kami untuk membawa servis urutan dan spa mobil ke rumah, kami berharap anda memberikan kerjasama dalam memelihara kesihatan. Ikuti tip dan pesanan daripada WHO dan KKM, termasuk mencuci tangan dengan sabun secara kerap (selama 20 saat atau lebih lama), menggunakan gel pembasmi kuman dan elak berhubung rapat dengan orang lain – termasuk ahli terapis- sekiranya anda tidak sihat seperti demam atau mengalami gejala masalah pernafasan.
Berikut adalah kemas kini terkini untuk panduan keselamatan dan prosedur sesi rawatan sebagai langkah menjaga kesihatan dan keselamatan semua pelanggan dan ahli terapi. SENTUH berjanji untuk memberikan pengalaman dan protokol spa di rumah terbaik dengan mengamalkan juga proses sanitasi.
Hubungi kami pada bila-bila masa sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan. Terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan anda terhadap servis di SENTUH
Kami meminta anda TIDAK menempah sesi sekiranya:
- Anda mengalami simptom COVID-19 seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (jika anda mempunyai pertanyaan mengenai gejala COVID-19, sila tinjau panduan gejala KKM)
- Anda baru pulang dari melancong ke luar negara dalam tempoh 30 hari.
- Anda atau sesiapa sahaja di rumah telah terdedah kepada gejala COVID-19 dalam teampoh 30 hari.
- Anda perlu mengisi borang pengisytiharan yang menyatakan bahawa anda atau orang lain di rumah tidak menunjukkan simptom positif COVID-19 atau telah diarahkan oleh pegawai perubatan untuk kuarantin diri dirumah (melainkan anda atau orang tersebut di rumah telah disahkan bebas daripada COVID-19 dan proses kuarantin telah berakhir)
Sebagai persediaan sebelum memulakan sesi rawatan, sila:
- Beri kebenaran untuk ahli terapis kami untuk menggunakan singki dapur atau bilik mandi anda untuk mencuci tangan sebelum dan selepas sesi rawatan.
- Jauhkan anak-anak dan binatang peliharaan yang lain 6 kaki dari meja urut dan barang-barang ahli terapis untuk mengikuti protokol penjarakan sosial.
- Mandi sebelum sesi rawatan anda bermula.
- Sediakan tuala tangan untuk bersin atau batuk, atau pakai topeng muka yang menutup hidung dan mulut anda
- Tawarkan untuk menggunakan cadar sendiri yang baru dicuci jika anda mahu
Pemeriksaan, latihan & persediaan terbaik daripada ahli terapis:
- Ahli terapis yang mengalami simptom COVID-19, yang menyedari bahawa mereka terdedah kepada COVID-19, atau yang telah melakukan perjalanan ke luar negara dalam 30 hari terakhir akan diarah untuk menutup jadual sehingga mereka tidak mengalami simptom selama sekurang-kurangnya 14 hari
- Setiap ahli terapis harus mengisi borang pengisytiharan (declaration form) yang menyatakan bahawa mereka bebas jangkitan COVID-19 atau pernah berhubung dengan mana-mana pesakit positif COVID-19 dalam tempoh 30 hari terakhir.
- Setiap ahli terapis akan memakai topeng muka yang menutup hidung dan mulut, sarung tangan berkualiti tinggi dan beberapa peralatan pencegahan lain sepanjang sesi rawatan berlangsung.
- Semua peralatan akan disanitasi sebelum sesi berlangsung.
- Kami akan memperkenalkan kelengkapan pakai buang untuk setiap sesi, atau anda boleh menggunakan kelengkapan anda sendiri jika anda mahu (tuala, alas katil dan kain sarung)
- Setiap pelanggan akan diberikan topeng muka dan perlu memakainya sepanjang sesi.
- Semua ahli terapi akan mencuci tangan sebelum memulakan rawatan dan selepas sesi berakhir.
- Ahli terapi akan membuat pemeriksaan suhu anda sebelum memulakan sesi dan kami berhak membatalkan sesi sekiranya anda atau ahli terapi telah menunjukkan sebarang gejala.
- Semua ahli terapi telah menjalani latihan sanitasi & SOP (Standard Operating Procedure), jadi mereka memberi penerangan kepada anda beberapa protokol sebelum sesi bermula.
- Anda disarankan mandi sebelum dan selepas sesi rawatan.
- Untuk mengurangkan risiko bagi kedua-dua pihak dan untuk memastikan anda menikmati rawatan yang terbaik, semua ahli terapi kami telah dinasihatkan untuk mengurangkan komunikasi hanya bercakap apabila perlu. Tetapi jika anda memerlukan sebarang konsultasi / bantuan, jangan ragu untuk bertanya.
Untuk pertanyaan mengenai tempahan, klik pautan di bawah untuk cara memuat turun aplikasi kami https://sentuh.my/2020/05/16/join-our-beta-testing-app-now-and-receive-rm20-service-voucher/
Untuk pertanyaan atau bantuan, sila WhatsApp Khidmat Pelanggan kami di sini – https://wa.me/60108338403
0 Comments