SENTUH X Adania & Co, Kolaborasi Dengan Misi Yang Sama!

Published by sentuh on

Tertubuhnya SENTUH bukan hanya sekadar meraih profit, tetapi kami mempunyai misi dan visi dalam membantu memperkasakan ekonomi dikalangan golongan B40.

Begitu juga dengan ADANIA & Co, jenama penjagaan kulit berasaskan bahan organik yang bukan sahaja memberikan yang terbaik buat kulit anda, tetapi memperjuangkan pemeliharaan alam semulajadi.

Kami dengan bangga mengumumkan bahawa ADANIA & Co dan Sentuh Sinergi Sdn Bhd kini bekerja di bawah satu bumbung. Kolaborasi ini membantu SENTUH dan ADANIA & Co untuk merealisasikan misi dan visi dengan lebih mudah. Sentuh Sinergi menggunakan platform mereka untuk membantu masyarakat dan ekonomi dan terutama kumpulan B40. Sementara Adania & Co, menerusi program ADANIA & Co-MMUNITY juga bekerjasama dengan komuniti untuk membantu memelihara alam sekitar.

SENTUH dan ADANIA & Co akan saling menyokong antara satu sama lain terutamanya dalam memperkasakan jenama, kempen-kempen bulanan dan tahunan, program komuniti dan kolaborasi hebat lain.

Dengan kolaborasi ini, diharap pengikut SENTUH dan ADANIA & Co akan menjadi lebih besar dan bersatu, sekaligus memperkasakan lagi misi kami dalam membantu komuniti dan memelihara alam sekitar.

Sokongan anda amat bermakna bukan sahaja kepada kami, malah kepada komuniti yang memerlukan bantuan. Terima kasih dan teruskan menyokong SENTUH dan ADANIA & Co. Ingat SENTUH, Ingat ADANIA & Co. Spread love!


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *