Bagaimana Anda Boleh Menjadi Sebahagian Daripada Kejayaan SENTUH?

Published by sentuh on

Siapa sangka, percaturan Pengasas dan CEO SENTUH, Encik Ahmad Aizudin menutup pusat spa milik beliau dan isteri serta menukar konsep digital home-spa membuahkan hasil! Idea menubuhkan SENTUH timbul selepas merasakan sudah tiba masanya untuk beliau memulakan perniagaan perkhidmatan berasaskan teknologi.

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri wellness, spa dan kecantikan sememangnya menjadi batu loncatan untuk Sentuh bertapak kukuh di dalam industri ini.

Sentuh dilancarkan pada Oktober 2018 dengan hanya terhad di daerah sekitar Lembah Klang ketika permulaan. Terpilih sebagai antara startup berpotensi tinggi, Sentuh mula beroperasi dengan dana daripada Cradle Investment Program (CIP-300), dan berjaya menerima tempahan sebanyak 250 tempahan dalam masa kurang dua bulan.

Setahun kemudian, SENTUH berjaya mencapai sasaran menerima lebih 5000 tempahan dan melihat kepada sambutan yang hebat, SENTUH kemudian melebarkan operasi ke sekitar Johor Bharu pada Disember 2019.

Perjalanan yang bukan mudah tetapi bukan mustahil, berkat inovasi perniagaan tradisional dan teknologi, SENTUH membuktikan jenama yang kian dikenali dengan meraih jualan sehingga RM 1 juta pada Januari 2020. Melihat potensi pelancongan ketika itu, SENTUH juga meluaskan lagi operasi ke Kota Kinabalu. Tempahan yang hanya melalui laman web dan atas permintaan yang banyak membawa kepada pelancaran Aplikasi SENTUH bagi memudahkan pelanggan dan terapis.

Antara momen membanggakan apabila SENTUH menerima anugerah Best Massage Therapy On demand oleh Health Magazine setelah mencapai tempahan sasaran sebanyak 10,000 sesi! SENTUH juga dinobatkan sebagai antara 20 startup terbaik oleh Scale Up Accelerator Program Malaysia.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid19 bermula sekitar bulan Mac, tidak dinafikan operasi SENTUH terhenti dan terjejas selama lebih tiga bulan.

Namun ia tidak mematahkan semangat team serta seluruh warga SENTUH apatah lagi operasi yang terhenti ini menjejaskan pendapatan terapis yang kebanyakannya dalam golongan B40. Dalam masa tiga bulan PKP, Sentuh dapat meraih pendapatan melalui jualan baucerserta produk bagi kelangsungan syarikat. Impaknya, tiada perkerja dibuang serta nasib B40 juga dibantu!

SENTUH terus mara dengan lebih maju selepas PKP dimana dengan menambah business model yang dijangka dapat meningkatkan perkembangan syarikat sebanyak 10 kali ganda, iaitu dengan menghubungkan pelanggan dengan pusat spa, salon, fisioterapi lain, sekaligus membantu vendor memanfaatkan platform Sentuh untuk servis ke rumah dengan lebih efisien serta membantu vendor yang terjejas akibat covid19. Sentuh juga dijangka akan meluaskan perniagaan di Brunei pada awal Oktober ini dengan menjadi negara Asia Tenggara pertama beroperasi selepas Malaysia.

SENTUH bukan sahaja menyediakan servis terbaik buat pelanggan, malah membantu terapis menjana pendapatan sampingan mereka. Sehingga kini, SENTUH memiliki lebih 200 terapis seluruh Malaysia dan mereka mampu meraih pendapatan sehingga RM6,000 sebulan.

Misi kami bukan sahaja memberikan perkhidmatan terbaik dan memudahkan pelanggan, tetapi membantu pendapatan komuniti dikalangan B40 serta membantu vendor dalam industri yang sama meluaskan lagi peluang perniagaan secara digital. Misi seterusnya, SENTUH mahu memperluaskan empayar ke lebih 20 daerah seluruh negara dengan menyasarkan memiliki lebih 1000 ahli terapis dan mencapai lebih 150,000 tempahan dalam masa setahun.

Dalam usaha untuk meluaskan perniagaan dan mengukuhkan nama, SENTUH kini membuka peluang kepada orang ramai bagi bersama-sama berpeluang berjaya dan membantu memulihkan ekonomi.

Crowdfunding Ekuiti (ECF) adalah satu bentuk pengumpulan dana baru yang membolehkan syarikat start-up seperti Sentuh memperoleh modal melalui pelaburan ekuiti kecil menggunakan platform berdaftar iaitu PitchIn.my. ECF membolehkan para pelabur menjadi pemegang saham syarikat.

Selain daripada membantu terapis Sentuh menjana pendapatan, kami juga akan menyediakan lebih banyak program latihan secara eksklusif untuk memastikan mereka mencapai tahap pencapaian yang lebih tinggi. Sekaligus membantu menaikkan bilangan tempahan. Sebagai langkah memastikan misi ini berjaya, Sentuh kini sedang mengumpulkan dana untuk mengembangkan lagi sayap. Inilah masanya untuk anda melabur di Sentuh!

Rebut peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada perkembangan dunia teknologi dan digital dengan melabur di Sentuh Sinergi, model perniagaan platform digital yang berkembang pesat dengan aspirasi serantau. Platform yang beroperasi di pasaran kesihatan global bernilai 4.2 Trilion dolar USA.

Sentuh menawarkan minimum 100 unit saham berharga RM1,800 dan mensasarkan RM500,000 sebelum 6 Oktober 2020 sebelum kami menutup kempen dana crowdfunding secara rasmi (bergantung kepada kutipan sasaran dana). Klik di sini untuk info lanjut ->

Categories: SENTUH BUZZ

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *