Jurnal Terapis – Temui Jalan Keluar Daripada Kesempitan Hidup.
Setiap terapis di SENTUH mempunyai kisah menarik tersendiri. Bagaimana kehidupan mereka sebelum dan selepas berkhidmat bersama SENTUH. Apa yang penting, setiap terapis begitu bermakna buat SENTUH dan tanpa mereka, misi dan visi kami tidak mungkin tercapai. Jom baca kisah terapis yang baru sahaja menyertai SENTUH, Siti Aisah.
Saya adalah penjaga pantang dan juga terapis untuk urutan saraf. Pengalaman saya baru mencecah 9 tahun dalam bidang kesihatan dan kecantikan. Saya merantau dari sabah ke semenanjung kuala lumpur untuk ubah hidup keluarga kecil saya.
Alhamdulilah, selama sebulan bersama SENTUH, kurang sedikit beban dan tanggungan. Semenjak PKP bulan Mac lepas, suami saya telah kehilangan kerja dimana syarikat mereka secara drastik membuang dan hanya menggaji suku pekerja. Hari demi hari makin terasa beban dan mulalah timbul pelbagai idea untuk cuba membantu suami.
“Tekanan untuk menyara hidup, anak, kereta dan rumah yang ada menjadikan hubngan kami renggang. Cuma Allah saja yang tahu ujian yang kami hadapi. Hinggakan makan dan minum rasa seperti pisau mengghiris tekak, tidur malam pun tak lena dan gelisah mengenangkan simpanan makin surut.”
Saya nampak iklan SENTUH di Facebook, saya berfikir banyak kali untuk buka langkah besar. Alhamdulilah sentuh membuka luas pintu untuk saya menjadi terapis. Saya meminta suami keizinan walaupun sya sendiri masih tidak pasti apa akan jadi setelah menjadi ahli sentuh.
Hampir 9 tahun saya meninggalkan spa hotel dan hari pertama, pelanggan pertama, Puan Azila telah memberi saya tip setelah sekian lama tidak mendengar tip daripada pelanggan. client. Untuk pertama kali pihak SENTUH membayar komisen, walaupun tidak sebanyak mana, namun saya bole membayar sedikit komitment kereta dan rumah. Komisen pertama itu mengurangkan sedikit beban saya da suami. Terima kasih sentuh.
Impian saya untuk mendapatkan sebuah rumah sendiri hasil titik peluh. Semoga impian ini tercapai dalam masa dua tahun lagi. Sentuh telah menyentuh hidup saya dan sekaligus membantu kami menyelesaikan hutan piutang yang tertangguh. TERIMA KASIH SENTUH kerana membantu saya mengurangkan dan menyuluh jalan keluar daripada tekanan hidup.
EDITED BY: JOW
0 Comments