Jurnal Terapis – Bekerja Di SENTUH Bantu Pendapatan Sampingan
Setiap terapis di SENTUH mempunyai kisah menarik tersendiri. Bagaimana kehidupan mereka sebelum dan selepas berkhidmat bersama SENTUH. Kisah seterusnya bersama Puan Betty ataupun nama penuhnya Khuzairiah Latiff, yang berkongsi cerita bagaimana SENTUH membantu pendapatan sampingannya.
Sudah lama saya mencari pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan. Kebetulan salah seorang rakan baik saya, Siti Azlyn yang juga terapis SENTUH membuat posting di aplikasi Whats App mengenai pencarian jawatan sebagai terapis.
Kebetulan saya mempunyai duit simpanan untuk dijadikan modal membeli kelengkapan servis. Kemudian SENTUH menghubungi saya dan menghadiri kursus latihan pada Januari 2019 selama tiga hari.
Saya kemudian bertemu dengan Ketua Pegawai Operasi SENTUH, Puan Ain Nadia buat kali pertama dan diberikan latihan perkhidmatan. Selepas selesai latihan, proses pemeriksaan terakhir dilakukan sebelum terapi boleh mula menjalankan servis. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun nervous pada mulanya.
Bermulalah perjalanan saya sebagai terapis junior. Pelanggan pertama saya adalah di Kelana Jaya dan ketika itu syif kerja sepenuh masa saya berakhir jam 5 petang. Ketika itu saya hanya mampu membuka jadual pada hujung minggu sahaja. Pelanggan ketiga saya kemudian memberikan review yang bagus dan Alhamdullilah tempoh percubaan sebagai terapis selesai. Walaupun ketika itu saya hanya membuka jadual dua hari seminggu, tetapi tempahan tidak pernah putus.
Therapist of the month seringkala di menangi oleh terapis sepenuh masa, membuatkan semangat saya sebagai terapis separuh masa lebih berkobar untuk membuat yang terbaik.
Ketika SENTUH membuat tinjauan jangkaan pendapatan setiap bulan, saya berfikir jika secara konsisten raih RM100 setiap minggu, itupun sudah cukup baik. Bila salah seorang terapis SENTUH yang aktif, Hannan meraih pendapatan yang tinggi membuatkan saya percaya setiap terapis perlu rajin dan percaya pada rezeki.
Masih saya ingat, ketika bulan puasa tahun 2019, macam-macam masalah berlaku antaranya kereta kerap mengalami masalah. Nasib baik pendapatan sampingan bekrja di SENTUH dapat menampung bayaran itu.
Selepas lebih setahun berkhidmat sebagai terapis, di zaman teknologi ini saya semakin biasa menggunakan aplikasi digital seperti Google Maps. Pelbagai lokasi pelanggan telah saya tuju dan pelbagai cabaran saya lalui untuk sampai ke lokasi.
But at the end of day, bila saya nampak kepuasan di wajah pelanggan, then i know i am doing something right. Kebanyakan pelanggan semuanya ramah sehinggakan ada kalanya menyediakan makan minum untuk saya selepas rawatan.
Pendapatan daripada SENTUH juga membolehkan saya membawa ibu menunaikan umrah, melancong ke merata tempat sehingga ke Turki. Malah saya juga mampu membeli kereta baru!
Thank you SENTUH for the opportunity. Sudah setahun berkhidmat and i enjoy every moment with SENTUH.
EDITED BY: JOW
0 Comments