Jurnal Terapis – Kisah Juruteknik Keretapi Ke Dunia Urutan
Setiap terapis di SENTUH mempunyai kisah menarik tersendiri. Bagaimana kehidupan mereka sebelum dan selepas berkhidmat bersama SENTUH. Apa yang penting, setiap terapis begitu bermakna buat SENTUH dan tanpa mereka, misi dan visi kami tidak mungkin tercapai. Jom baca kisah terapis pertama kami, Encik Mahathir Razak.
Nama aku Mahathir, kawan-kawan aku panggil aku Madet. Aku berusia 34 tahun dan merupakan anak jati kedah. Ke mana pun aku merantau, orang akan tahu aku berasal dari Kedah kerana dialek utara yang begitu kuat ketika berbicara dan aku bangga menjadi anak Kedah!
Aku bekerja di rapidKL sebagai juruteknik keretapi. Walaupun gaji tidak sebesar mana, tetapi alhamdulillah serba serbi cukup. Kerjaya ini cukup membuatkan aku bangga dengan cacatan peribadi aku sendiri setelah sekian lama aku belajar mendalami ilmu teknikal.
Okay kali ni aku nak cerita macam mana aku boleh terjebak dalam dunia urutan. Apatah lagi aku tidak mempunyai latar belakang dalam bidang urutan. Mungkin kisah ini dapat memberi inspirasi pada orang di luar sana.
Kisah ini bermula apabila sahabat karib aku bernama Fitri kerap mengalami sakit belakang. Fitri kerap meminta aku mengurut bahagian belakang badannya. Satu hari, Fitri dia berasa lega setiap kali diurut oleh aku dan menyuruh aku menggunakan kemahiran mengurut ini dengan baik. “Kau diberi kelebihan oleh Allah untuk bantu orang diluar sana yang mengalami masalah sakit badan macam aku ni”, kata Fitri. Dari situ aku mula belajar tentang dunia urutan sedikit demi sedikit.
BAGAIMANA AKU MEMBINA KERJAYA BERSAMA SENTUH?
Ceritanya bermula pada lewat malam selepas aku balik dari kerja. Sebelum tidur, aku melayari Facebook dan tiba-tiba iklan promosi daripada SENTUH mencari terapis lelaki muncul. Aku kemudian melakukan carian tentang SENTUH di Internet. Ternyata platform yang SENTUH tawarkan sebagai terapi separuh masa memenuhi kriteria aku yang juga mempunyai pekerjaan tetap. Sedikit sebanyak dapat aku gunakan kemahiran yang ada untuk membantu lebih ramai orang disamping dapat menjana sumber pendapatan sampingan.
Sejak bergelar terapis SENTUH banyak tempahan yang berjaya dilakukan. Sehingga aku mendapat gelaran most favorite therapist of January 2020. Tetapi maklum balas daripada customers yang berpuas hati dengan khidmat yang aku berikan adalah kepuasan sebenar bagi aku. Itu adalah inspirasi dan motivasi bagi aku untuk sentiasa memberikan servis yang terbaik untuk pelanggan.
Aku yakin SENTUH akan menjadi jenama yang gah suatu hari nanti setanding jenama besar yang lain.
EDITED BY: JOW
0 Comments