Jurnal Terapis – Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Published by sentuh on

Setiap terapis di SENTUH mempunyai kisah menarik tersendiri. Bagaimana kehidupan mereka sebelum dan selepas berkhidmat bersama SENTUH. Apa yang penting, setiap terapis begitu bermakna buat SENTUH dan tanpa mereka, misi dan visi kami tidak mungkin tercapai. Jom baca kisah Puan Sa’adiah Kahar, ibu tunggal yang berusaha keras demi anak tunggalnya.

Sebelum saya menyertai SENTUH, saya adalah seorang yg buta IT, hanya tahu yang basic sebagai keperluan seperti aplikasi WhatsApp, membuat panggilan telefon, melayari Facebook dan menggunakan kamera.

Tetapi selepas menyertai SENTUH, saya mula belajar menggunakan aplikasi digital yang lebih advance seperti Waze dan aplikasi SENTUH sendiri. Sebelum ini, saya tidak penah menggunakan Waze dan saya akui pada mulanya sedikit sukar apatah lagi perlu bergerak sendiri memandu ke lokasi pelanggan.

Tapi lama-kelamaan selepas lebih 10 tempahan, saya sudah mula membiasakan diri menggunakan Waze dan sudah mula menghafal laluan utama yang sering dilalui. Malah saya juga sudah mula berani memandu sendiri dan keluar menjalankan tugas.

Saya mencabar diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa dan menyahut cabaran mengangkat katil urut ke tingkat tiga. Setiap cabaran yang datang ketika melakukan tugas, wajah anak akan muncul di fikiran yang menjadi pendorong kekuatan diri.

Antara kenangan manis sepanjang bersama SENTUH apabila saya dapat berkenalan dengan pelanggan kenamaan (VIP), datin-datin dan isteri pemain bola sepak terkenal di JDT serta mereka yg bergelar usahawan yg boleh membuka minda saya untuk sedikit sebanyak mencontohi mereka sebagai inspirasi. Malah pelanggan-pelanggan SENTUH juga terdiri daripada pelbagai bangsa dimana saya berpeluang belajar budaya mereka.

Antara yang lain apabila sambil saya megurut pelanggan, ada juga yang menyusukan anak ketika diurut. Ini membuktikan perkhidmatan spa ke rumah seperti SENTUH ini amat diperlukan oleh ibu-ibu dan suri rumah yang sibuk menguruskan anak-anak. Kekangan masa buat mereka membuatkan tiada masa untuk keluar ke spa, jadi, SENTUH adalah pilihan terbaik.

Misi dan visi saya apabila menyertai SENTUH tentu sekali untuk meningkatkan kemahiran dan hidup saya untuk menjadi lebih baik. Saya juga bercadang untuk membeli kereta baru untuk keselesaan. Doakan semoga hajat saya tercapai Insya Allah.

EDITED BY: JOW


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *