7 Kesilapan Utama Dalam Penjagaan Muka

Published by sentuh on

Adakah anda telah lakukan salah satu dari kesilapan ini?

  1. Hanya mencuci solekan dengan make-up wipes
    Ya make-up wipes memang senang & pantas untuk digunakan. Tapi jika anda cuma mencuci solekan dengan menggunakan make-up wipes sahaja, ia tidak mencukupi dan kurang elok jika digunakan secara kerap. Simpan make-up wipes anda untuk situasi tertentu & ketika kecemasan sahaja. Seeloknya cuci solekan menggunakan Cleansing Oil. Kebanyakan make-up wipes mengandungi terlalu banyak bahan kandungan sintetik yang mungkin akan mempercepatkan proses penuaan kulit, menjadikan kulit lebih sensitif atau kering. Selain itu, ia tidak benar benar membersihkan kulit secara optimum
  2. Mengabaikan bahagian leher
    Khas jika anda wanita berhijab, mungkin anda akan terlupa tentang bahagian leher apabila tiba bab penjagaan wajah. Kerana bahagian leher biasanya terlindung dan tidak kelihatan. Seperti muka, bahagian leher juga boleh mengalami masalah seperti kedutan & jerawat
  3. Menghabiskan wang untuk penjagaan muka yang “trending
    Hanya kerana sesuatu itu sedang trending, tidak bermaksud anda juga perlu mengikuti trend tersebut. Sebagai contoh, ramai pengikut K-Poppers sibuk mengikuti trend deep moisturization untuk penjagaan muka. Jika anda mempunyai kulit jenis berminyak atau masalah jerawat, penjagaan muka yang membekalkan deep moisturization akan menyebabkan masalah kulit berminyak atau masalah jerawat anda lebih teruk
  4. Anda menggunakan produk yang salah atau tidak sesuai dengan anda
    Sama seperti konsep nombor 3 diatas, anda perlu gunakan produk yang bersesuaian dengan kondisi kulit anda & permasalahan kulit yang anda hadapi. Jangan mudah terikut-ikut dengan individu lain. Pilih produk yang benar-benar bersesuaian
  5. Sentiasa berfikiran negatif terhadap diri anda sendiri, sentiasa merendah-rendahkan kebolehan anda & tidak percaya diri
    Dikenali juga sebagai negative self-talk, elakkan berkelakuan dan mempunyai pemikiran seperti ini. Jika anda tidak sayangi diri anda, siapa lagi?
  6. Mengabaikan bab skrub muka
    Mencuci muka dengan pencuci muka sahaja tidak mencukupi. Anda juga perlu konsisten untuk skrub muka setiap minggu, antara 1 hingga 3 kali seminggu
  7. Mengabaikan perlindungan matahari
    Anda sering berjemur dibawah matahari? Dapatkan perlindungan dengan memakai krim SPF (sunscreen) dan elakkan kulit menjadi rosak dek sinaran panas matahari. Kulit yang sering terdedah kepada matahari tanpa perlindungan SPF akan merana di kemudian hari jika tidak sekarang. Sebagai contoh, jeragat akan mula muncul kemudian dan wajah akan tampak lebih tua dari usia

Manjakan kulit muka anda dengan servis facial dari SENTUH. Harga bermula dengan RM95. Klik di sini untuk menempah : SENTUH LUXE

Photo by cottonbro from Pexels

Ditulis oleh Anna Shamsul

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *