Keep Your Nails Clean, People!

Published by sentuh on

Kulit sudah mulus dengan rawatan khas pilihan anda. Manakala rambut pula tersisir rapi selepas sesi perapian yang memuaskan. Lengkapkan rutin self-love anda dengan langkah seterusnya yakni kuku yang bersih dan segar.

Dengan pandemik Covid-19 yang masih bergejala, kita seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih teliti. Kebersihan fizikal terutamanya memainkan peranan penting dalam membantu mengelakkan anda daripada dijangkiti. Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan kita untuk mencuci tangan dengan kerap dan ini juga termasuklah penjagaan kuku anda. Ini adalah tiga kebaikan utama kuku yang bersih yang anda harus ingati:

  1. Kuku yang pendek mengurangkan risiko untuk mengumpul bacteria seperti staphylococci dan normal flora yang boleh memudaratkan tubuh badan.
  2. Sesi perapian kuku (manicure atau pedicure) juga membantu pengaliran darah dan pergerakan sendi yang lebih lancar.
  3. Kulit pada bahagian kuku lebih mudah terdedah kepada kotoran jadi pastikan kuku anda bersih bagi memastikan kulit pada bahagian tersebut sihat.

BAGAIMANA MENJAGA DAN MEMBERSIHKAN KUKU DI RUMAH?

  1. Berus Kuku aka Naik Brush – Menjaga kuku bukan sahaja dengan memotongnya setiap dua minggu. Kuku juga perlukan rawatan skrub seperti kulit wajah. Skrub kuku anda setiap hari secara lembut selepas mandi sebelum tidur. Ia bukan sahaja membersihkan daki dikawasan jari tetapi satu terapi yang menenangkan anda.
  2. Rendam Jari Dan Kuku – Rendam jari kuku anda dengan air suam yang dicampur dengan garam epsom selama lima minit, sekali dalam seminggu. Kuku anda pasti bersinar!
  3. Moisturize! – Kuku dan jari juga perlukan pelembap seperti kulit tubuh yang lain. Krim pelembap tangan membuatkan kulit disekitar kuku tidak kering dan berkedut.

Photo by Damir Spanic from Unsplash.

Ditulis oleh Ai Norzaid


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *