5 Sebab Kenapa Anda Perlu Skrub Wajah Seminggu Sekali

Published by sentuh on

Sesibuk mana pun, pastikan anda mengamalkan perkara ini untuk dapatkan kulit yang superb!

Anda menggunakan krim pelembap wajah yang mahal dan terbaik, tetapi kenapa kulit masih tak ada perubahan? Ikuti 5 sebab kenapa anda perlu skrub muka secara konsisten setiap minggu :

  1. Skrub buat kulit jadi lebih rata & lembut
    Skrub memperbaiki tekstur kulit menjadi lebih rata & lembut kerana dia melibatkan pembersihan sel kulit mati yang berada diatas lapisan kulit. Bila sel kulit mati dan lama dibersihkan, anda memberi laluan kepada sel kulit yang baru untuk “bernafas” dan “menonjolkan” diri
  2. Menjadikan produk penjagaan kulit anda yang lain lebih berkesan
    Ingin serum dan moisturizer yang anda gunakan lebih berkesan dan “lebih berfungsi”? Apabila anda oles moisturizer atau serum diatas kulit yang kotor dan dipenuhi sel kulit mati, keberkesanan serum atau moisturizer tersebut tidak akan berada di tahap yang optimum
  3. Elakkan jerawat naik dan mekar di kulit
    Minyak yang terperangkap didalam liang pori akan menyebabkan timbulnya jerawat kerana liang pori tersumbat. Elakkan munculnya jerawat dengan melakukan skrub secara konsisten setiap minggu
  4. Skrub dapat mencerahkan kulit & menjadikan kulit lebih berseri
    Disebabkan skrub menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan kulit, ia akan menjadikan kulit lebih kelihatan cerah dan berseri
  5. Skrub secara konsisten untuk mendapatkan kulit yang tampak muda sentiasa
    Apabila usia kita meningkat, kebolehan kulit untuk meluruhkan sel kulit mati dengan sendiri akan semakin berkurangan. Apabila ini berlaku, garis halus dan kedut akan lebih terserlah dan kelihatan. Jika kita konsisten skrub, sel kulit mati tadi akan lebih cepat luruh dan hilang

SENTUH menawarkan khidmat skrub untuk badan (Body Scrub) dan juga skrub muka untuk setiap servis facial kami – SENTUH SERVICES

Muat turun sekarang applikasi kami melalui Google Playstore dan Apple Store. Dapatkan direct link untuk download melalui linktr.ee/sentuh.my

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Ditulis oleh Anna Shamsul

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *