Ini Kesannya Jika Anda Malas Memakai Krim SPF Setiap Hari

Published by sentuh on

Rutin penjagaan wajah bukan sahaja perlu diamalkan untuk wanita sahaja, malah untuk lelaki juga! Penjagaan kulit wajah seharusnya bermula seawal usia remaja lagi.

Tidak dinafikan, baik wanita ataupun lelaki zaman sekarang telah mula sedar akan kepentingan penjagaan wajah. Bagaimanapun ramai yang mengabaikan penggunaan krim SPF atau tabis suria setiap hari. Mengapa pakar dermatologi menyarankan semua orang untuk mengoles krim SPF?

Apakah itu krim SPF?

Krim SPF (Sun Protection Factor) bertindak melindungi kulit daripada selaran sinar UVB. Sinar UVB adalah sejenis radiasi yang membakar dan merosakkan kulit seterusnya boleh menyebabkan kanser kulit.

Mengapa krim SPF penting untuk penjagaan kulit?

  1. Memakai krim SPF setiap hari, walaupun ketika cuaca mendung, mengurangkan risiko menghidap kanser kulit.
  2. Wajah tanpa perlindungan daripada sinaran UVB membuatkan kulit anda kelihatan tua dan mempercepatkan kedutan. Jadi, kalau nak nampak muda sentiasa, amalkan mengoles krim SPF setiap pagi.
  3. Ia juga bagus untuk anda yang mempunyai masalah uneven skin tone! Pemakaian yang betul dan kerap membuatkan tona kulit anda kelihatan sama rata, tanpa tompok gelap tidak sekata.
  4. Pemakaian krim SPF tidak bermakna kulit anda tidak akan menjadi gelap jika terdedah dengan sinaran matahari. Tetapi ia melindungi lapisan kulit supaya tidak rosak. Untuk anda yang sukakan aktiviti luar, oles krim SPF setiap dua jam.

Krim SPF kini tampil dengan beberapa jenis selain berbentuk krim. Tidak kira samada krim, stik, semburan ataupun kalis air, ia bergantung kepada situasi dan kesesuaian kulit, asalkan ia melebihi SPF15. Jadi, jangan lupa oles krim SPF pada waktu pagi sebelum anda melangkah keluar rumah.

Photo by BATCH by Wisconsin Hemp Scientific on Unsplash


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *