Ketahui Khasiat Oren Untuk Kesihatan Dan Kulit Anda
Buah oren merupakan antara buah yang paling popular di dunia. Buah oren dikategorikan sebagai buah sitrus sama seperti buah lemon, limau mandarin dan lain-lain.
SENTUH senaraikan khasiat buah oren untuk kesihatan dan kulit anda. Lepas ini boleh lah amalkan makan buah oren selalu.
Mencegah penyakit anemia
Penyakit anemia ialah penyakit akibat kekurangan sel darah merah serta mengurangkan keupayaannya untuk membawa oksigen. Penyakit ini kebiasaannya akibat kekurangan zat besi.
Walaupun buah oren bukan sumber yang zat besi yang baik, namun kandungan vitamin C dan asid sitrik yang tinggi dalam buah oren dapat membantu badan untuk menyerap zat iron dalam sistem penghadaman.
Kaya dengan Vitamin C
Buah oren merupakan sumber vitamin C terbaik. Vitamin ini penting dalam penghasilan kolagen, protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah.
Mengurangkan risiko terkena strok
Dalam satu kajian yang mengambil masa selama 14 tahun mendapati, pengambilan buah sitrus seperti buah oren boleh mengurangkan risiko terkena strok.
Mencantikkan kulit
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah oren juga baik untuk kulit. Vitamin C mengalakkan penghasilan kolagen untuk kulit. Sweet Orange Face Cleanser daripada Adania juga kaya dengan vitamin C membantu merawat kulit dari dalam, mengurangkan minyak berlebihan dan mencerahkan kulit secara semula jadi.
Selain daripada makan buah oren untuk penyerapan kebaikannya, anda juga boleh mencuba produk penjagaan wajah yang berasaskan oren. Adania antara produk organik yang tampil dengan kandungan oren sebagai bahan utama produk. Anda kini boleh menikmati diskaun 30% untuk kesemua produk termasuk Sweet Orange Face Cleanser. Untuk pembelian, klik di sini: ADANIA
Photo by Kathryn Aleksa on Unsplash

0 Comments