Sengugut Menyerang? Jom Cuba Tip Ini
Bermacam cara yang anda dah cuba, tapi sakitnya langsung tak reda. Nah, petua ini boleh bantu atasi senggugut dengan petik jari saja.
1. Letakkan heating pad atau botol berisi air panas di pusat anda. Untuk kebanyakan wanita, petua lama ini sangat berkesan. Kehangatan yang dirasai akan merelakskan otot yang tegang dan melancarkan perjalanan darah.
2. Ambil pil tahan sakit. Ini akan menghentikan pengeluaran prostaglandin, asid lemak yang menggalakkan kontraksi uterus. Tapi pastikan anda tidak ada alergi pada ubat-ubatan yang diambil. Jika tidak pasti, dapatkan nasihat doktor.
3. Bersenam. Anda mungkin tidak ada tenaga untuk bersenam, tapi penting untuk anda bergerak. Ini pilihan yang anda ada:
– Bersenam 30 minit sehari, lima hari seminggu.
– Lakukan moderate intense workouts selama dua jam setengah atau aerobik selama satu jam 15 minit setiap minggu.
Kajian mendapati bersenam dengan kerap akan membantu mengatasi masalah berkaitan haid dalam hanya dua bulan. Paling berkesan adalah senaman outdoor kerana cahaya matahari dan pergerakan akan menggalakkan penghasilan serotonin, hormon yang melegakan kesakitan.
4. Ambil pil perancang. Ia akan menipiskan lapisan dalam uterus, jadi kurang kontraksi akan terhasil ketika anda datang bulan. Minta pandangan doktor mengenai pil yang sesuai untuk anda.
5. Ubah diet. Mengambil 20 gram serat dalam sehari boleh mengurangkan senggugut dan sakit belakang akibat haid kerana serat turut mengurangkan pengeluaran prostaglandin. Jadi, makan lebih hidangan berserat seperti buah, sayur dan bijirin penuh.
6. Urut buku lali. Urutan ini berdasarkan acupressure atau terapi tekanan untuk merangsang penghasilan endorfin, satu lagi hormon yang membantu melegakan kesakitan. Duduk dengan selesa dan posisikan tapak kaki menghadap satu sama lain. Urut di bawah lengkungan buku lali menggunakan ibu jari selama tiga minit.
7. Berehat. Tahap stress yang tinggi akan memburukkan lagi simptom, jadi tarik nafas dalam-dalam dan dapatkan tidur yang cukup untuk tenangkan tubuh anda.
0 Comments