“DIY Beauty Tips” Yang Sebenarnya Berbahaya Untuk Kulit!
Terlalu banyak tip kecantikan DIY yang boleh dilakukan dirumah menggunakan bahan dapur. Tetapi tidak semuanya sesuai diamalkan dengan kerap. SENTUH senaraikan bahan-bahan DIY yang boleh merosakkan kulit muka anda jika diamalkan dengan cara yang salah.
BAKING SODA
Soda bikarbonat sering digunakan sebagai bahan semulajadi untuk skrub wajah. Kebiasaannya dicampur dengan air ataupun jus lemon untuk menghilangkan blackhead. Bagaimanapun jika anda kerap melakukannya, ia akan membuatkan kulit menjadi kering dan iritasi. Soda bikarbonat mempunya pH yang tidak sesuai dengan kulit muka.
KULIT KAYU MANIS + BAWANG PUTIH
Gabungan serbuk kulit kayu manis dan bawang putih berkemungkinan membuatkan kulit anda terbakar, pedih dan iritasi.
UBAT GIGI
Ubat gigi untuk kecutkan jerawat? Tidak pasti bagaimana kesahihannya tetapi ubat gigi mempunyai paral pH yang tinggi. Ia diformulasi untuk kegunaan gigi dan bukannya dioles pada kulit wajah. Silap hari bulan, kulit anda boleh melecur dan pedih.
LEMON
Tidak dinafikan lemon mempunyai banyak khasiat sekiranya diamalkan dengan minum jus yang dicampur dengan air. Jus lemon berasid tinggi dan perlu dilarut bersama air. Jadi jika anda mengoles jus lemon tanpa dicampur dengan air, ia boleh membuatkan kulit muka terbakar.
0 Comments