Kecilkan Pori Wajah Dengan Kiub Ais?
Tahukah anda, masalah pori-pori besar di wajah adalah berdasarkan genetik seseorang dan juga kerana masalah minyak berlebihan?
Pori wajah adalah lubang kecil di kulit yang merupakan laluan untuk minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit serta adalah rumah kepada folikel bulu roma. Melalui liang pori, kulit menghasilkan minyak semulajadi yang bertujuan melembapkan kulit.
Wajah yang berminyak membuatkan liang pori terbuka luas dan tersumbat. Jika tidak dibersihkan dengan betul, menyebabkan kulit ditumbuhi jerawat.
BAGAIMANA KIUB AIS BOLEH MEMBANTU?
Liang pori terbuka selalunya berlaku di kawasan pipi dan dahi. Untuk mengurangkan liang pori menjadi besar, anda perlu mecuci wajah dan memilih krim pelembap yang sesuai. Kiub ais antara kaedah selamat dan murah yang mampu mengecilkan liang pori dan membuatkan wajah tampak segar.
Kiub ais adalah cara paling mudah dan cepat untuk menyingkirkan minyak berlebihan di wajah. Jika anda mempunyai kulit sensitif dan berjerawat, elakkan penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia. Sebaliknya, gunakan kiub ais yang dibalut dengan kain lembut seperti tuala kecil, dan gosokkan secara lembut di wajah.
CARA MENGGUNAKAN KIUB AIS DI WAJAH
Balut ketulan ais dengan kain nipis, dan oles pada wajah selama satu hingga dua minit selepas membersihkan wajah. Anda juga boleh mencampurkan bahan-bahan semulajadi lain seperti gel aloevera, jus timun, jus lemon ataupun minyak pati semulajadi. Bekukan semalaman dan gunakan keesokan pagi.
0 Comments