fbpx

Keletihan Ketika Hamil? Ini Sebabnya!

Published by sentuh on

Kenapa wanita sering keletihan semasa hamil dan berapa lamakah keletihan ini akan berlanjutan?

Kehamilan meletakkan tekanan yang kuat ke atas seluruh badan, dan ini boleh membuatkan anda berapa sangat letih. Apa yang kebanyakan wanita paling ingat mengenai fasa awal kehamilan ialah rasa letih yang berterusan. Mereka yang biasa berjaga malam pun mendapati mereka terpaksa menahan mengantuk untuk menonton program TV kegemaran mereka.

Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.

Berapa lamakah keletihan semasa hamil akan berlanjutan? Ia berbeza bagi setiap orang, tetapi wanita hamil biasanya mengalami keletihan dalam trimester pertama dan ketiga.

Bagi kebanyakan wanita dalam trimester pertama, keletihan merupakan salah satu simptom mabuk hamil pagi yang hadir bersama loya, muntah dan hilang selera makan. Jika simptom anda mengganggu tidur, tidak hairanlah anda akan berasa bertambah letih dan tidak selesa.

Anda mungkin merasa bosan berada dalam keadaan ini, tetapi simptom-simptom ini biasanya akan berlalu tanpa perlu sebarang rawatan. Bagi kebanyakan wanita (kira-kira enam daripada 10) simptom-simptom mabuk hamil pagi hilang menjelang 12 minggu kehamilan. Bagi yang lain, mereka berasa lebih baik dalam trimester kedua. Kurang daripada satu dalam 10 orang yang tidak bernasib baik masih berasa tidak sihat selepas 16 minggu kehamilan.

Harap-harap, anda ialah salah seorang yang bernasib baik dan mungkin akan rasa sangat bertenaga dalam trimester kedua dan membawa ke trimester ketiga di mana anda akan mula rasa letih semula dalam bulan ketujuh.

SENTUH kini tampil dengan pakej urutan prenatal sebagai langkah untuk membantu ibu hamil berasa segar dan bertenaga sepanjang kehamilan. Check out the packages here: https://sentuh.my/service/luxe/

Photo by bruce mars on Unsplash



0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *