Berapa Kerap Perlu Anda Lakukan Rawatan Muka Dalam Sebulan?

Published by sentuh on

Rawatan muka adalah perkara wajib untuk anda lakukan demi memastikan wajah kekal flawless. Bagaimanapun, sebelum memulakan rawatan muka, ia bergantung kepada beberapa faktor – jenis kulit, keadaan kulit, tujuan penjagaan kulit, usia, dan tempat.

Persoalannya, berapa kerap perlu anda lakukan rawatan muka di spa? Jika anda ingin menjaga kulit dengan baik, ia perlu dikakukan sekurang-kuranya sebulan sekali. Kenapa? Kulit adalah organ hidup, dan memerlukan masa 30 hari untuk sel bergerak dari dermis ke permukaan, atau epidermis, di mana ianya akan mati. Dalam masa 30 hari adalah sesuai untuk pertumbuhan sel kulit baru.

Rawatan muka menjadikan kulit lebih sihat dan kelihatan lebih awet muda. Empat sebab kenapa anda perlu mendapatkan rawatan muka

JENIS KULIT: Terdapat banyak jenis kulit yang berbeza – normal, kering, atau berminyak. Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, berjerawat, blackhead, dan pori-pori yang tersumbat, anda harus mendapatkan facial wajah sekurang-kurangnya setiap bulan, mungkin lebih kerap, sehingga ia hilang dan tenang. Sekiranya anda mempunyai kulit normal, kombinasi, dan kering juga perlu melakukan rawatan wajah setiap bulan. Untuk anda yang mempunyai kulit sensitif pula, disarankan untuk mendapatkan facial muka setiap dua bulan untuk mengelakkan kulit mereka menjadi rosak.

KEADAAN KULIT: Kulit muka akan sentiasa berubah mengikut keadaan. Untuk anda lebih tahu tentang keadaan kulit yang mungkin anda alami, sama ada kekeringan, kemerahan, bintik hitam, kulit kusam, dan lain-lain dengan melakukan rawatan muka.

SKINCARE GOALS: Untuk kulit yang lebih sihat, ketahui jenis produk yang sesuai dengan kulit muka anda dengan merujuk pakar rawatan kulit anda. Penjagaan kulit juga memerlukan pelindungan matahari yang sangat baik. Jadi jangan lupa oleskan krim tabir sinar setiap hari selepas mencuci muka.

USIA: Pada usia yg muda, masalah kulit seperti jerawat atau breakout akan jarang terjadi kerana kulit masih dalam keadaan semula jadi. Tetapi ini tidak bermakna anda tidak memerlukan rawatan muka. Rawatan muka diperlukan untuk menghilangkan kulit mati dan merangsang pertumbuhan sel kulit baru agar kulit muka anda kekal sihat dan awet muda walaupun makin berusia.

PERSEKITARAN: Persekitaran juga merupakan salah satu sebab menjadikan kulit anda lebih kotor dan rosak. Pastikan anda tidur di atas bantal yang menggunakan sarung material yang lembut seperti baldu atau sutera. Tukar cadar setiap minggu dan jangan tidur sebelum membersihkan wajah.

Photo by Noah Buscher on Unsplash

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *