COVID19- Malaysia Hampiri Fasa Bebas, SENTUH Teruja Kembali Beroperasi

Published by sentuh on

Social distancing! Kerap basuh tangan dan asingkan diri jika sakit. Rasanya kita semua sudah sebati dengan arahan dan amalan ini.

Masih ingat lagi bagaimana kita semua ‘terpenjara’ dalam rumah apabila fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac lalu? Satu norma baru yang kita semua tidak pernah terfikir akan terjadi.

Malaysia mengalami kerugian besar apabila ekonomi menjadi lumpuh dan kesemua perniagaan terpaksa dihentikan. Keresahan dan kebimbangan semua rakyat Malaysia akhirnya bakal berakhir bermula hari ini.

Kita kini telah melepasi fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kini disambung dengan PKP Pemulihan (PKPP) sehingga 13 Ogos ini. Antara kelonggaran dan perkara yang dibenarkan sepanjang PKPP termasuk kebenaran merentas negeri, pelancongan domestik, sambutan Aidiladha dan korban, pembukaan sekolah secara berperingkat, serta aktiviti jualan di luar premis.

Semalam secara rasminya, tugas barisan hadapan mengawal pergerakan rakyat ditamatkan. Berita paling menggembirakan apabila Malaysia tiada kes kluster Aidilfitri dan ini menunjukkan kebanyakan rakyat mematuhi arahan yang dikeluarkan.

Bermula 10 Jun juga, beberapa premis serbaneka 24 jam, semua restoran, kedai makan, kedai runcit dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 malam. Kerajaan bersetuju untuk membenarkan pembukaan semula sektor perniagaan berkaitan sukan termasuk gimnasium, dewan tertutup dan pusat snuker yang boleh beroperasi bermula 15 Jun ini.

SENTUH antara perniagaan yang terpaksa menghentikan operasi sepanjang PKP dan kami teruja bakal beroperasi semula. Apa yang penting, Sentuh akan pastikan mematuhi SOP yang dikeluarkan bagi memastikan anda semua menikmati perkhidmatan kami dengan selamat.

Perkhidmatan urutan dan spa tentu sekali melibatkan “sentuhan”. Di Sentuh kami memandang berat mengenai isu kebersihan dan SOP seperti yang disarankan kerajaan. Setiap terapis Sentuh akan melakukan pemeriksaan suhu badan, memakai sarung tangan dan face shield serta memastikan setiap peralatan disembuh cecair pembasmi kuman sebelum dan selepas melakukan perkhidmatan.

Sebagai langkah keselamatan untuk mencegah jangkitan Covid19, Sentuh menerusi tempahan di laman web dan aplikasi tampil dengan perincian ujian saringan secara digital.

Perincian ini wajib diisi oleh pelanggan sebelum membuat tempahan sebagai data penting buat terapis dan juga pelanggan. Malah setiap terapis juga perlu mengisi maklumat perjalanan setiap kali keluar melakukan perkhidmatan.

Jadi, anda tidak perlu risau dengan tahap kebersihan dan operasi kami kerana keselamatan dan kepuasan anda adalah paling utama. Jom tempahs sesi urutan dan spa dengan Sentuh sekarang!

PERINCIAN UJIAN SARINGAN SECARA DIGITAL YANG
WAJIB DIISI OLEH PELANGGAN DAN TERAPIS.

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *