Info Ibu Mengandung : Apa Perlu Buat Lepas Selesai Sesi Prenatal Massage?

Published by sentuh on

Anda pertama kali cuba sesi mengurut untuk ibu mengandung?
Urut ibu mengandung juga dikenali sebagai Prenatal Massage. Bukan sekadar sesi urutan biasa tapi sesi urutan ini akan dikendalikan oleh tukang urut yang berpengalaman dalam selok belok urutan untuk wanita yang mengandung dan sesetengah mereka juga adalah ahli fisioterapi. Sebab apa? Sebab bahagian badan wanita yang mengandung ini agak sensitif. Jadi perlu keprihatinan yang lebih dan mereka yang mahir selain berpengetahuan untuk mengendalikan

Sama ada anda baru pertama kali mencuba Prenatal Massage atau pernah mencubanya sebelum ini, ada beberapa perkara (tips) yang anda boleh amalkan selepas selesai sesi urutan tu! Barulah manfaatnya dapat lebih dirasai

Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh ikuti & amalkan selepas selesai sesi urutan :


1.Minum air yang banyak bagi membantu melancarkan pembuangan toksin dalam badan. Semasa sesi mengurut tadi badan akan kehilangan air dan peredaran darah pun akan menjadi semakin lancar. Minum air dapat mengelakkan rasa pening/terhuyung-hayang selepas mengurut

2.Elakkan mengangkat berat atau melakukan aktiviti yang berat. Banyakkan berehat

3.Makan makanan yang berkhasiat. Jangan berlapar & jangan biarkan perut kosong. Wanita yang mengandung perlukan zat & nutrisi yang lebih kerana mereka sedang membawa nyawa di dalam perut mereka


Inginkan Prenatal Massage di rumah?
Jika ya, apa kata cuba servis Prenatal Massage kami? Nak book pun senang je! Cuma guna app Sentuh. Untuk Prenatal Massage, kami ada 3 jenis pakej untuk dipilih

PS : Jangan lupa, anda juga boleh buat pembayaran dengan Atome tau! Anda boleh bahagikan bil anda kepada 3 bulan pembayaran secara ansuran dan tanpa sebarang caj faedah & sebagainya!


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *