Permulaan Program BMB – Disokong Oleh Sentuh, SME Corp. Malaysia & Min Qalby Foundation
Pada hari Selasa, 22 Mac 2022, Sentuh dengan penuh rasa bangga dan penghormatan telah memulakan Program Micro Connector, Bina-Mula-Berjaya (Bina-Mula-Berjaya) untuk ahli terapis Sentuh, disokong oleh SME Corp. Malaysia dan Min Qalby Foundation.
Pn. Shazrina Azman, Pengerusi Min Qalby Foundation, En. Rizal Nainy, CEO SMECorp. Malaysia, dan En. Ahmad Aizudin, CEO Sentuh mempersembahkan starter pack program BMB bersama salah seorang ahli terapis baru
Applikasi Sentuh memberikan mereka akses kepada teknologi sebagai alat untuk mereka mencari sumber pendapatan, dan dengan kerja keras dan dedikasi cara untuk meningkatkan taraf hidup mereka dan menyara keluarga mereka
Pertumbuhan Sentuh adalah seiring dengan pertumbuhan ahli terapi kami bersama kami. Matlamat kami adalah untuk merevolusikan industri kesihatan di mana sahaja kami beroperasi, dengan penekanan pada penjagaan standard, produk, dan perkhidmatan terbaik. Misi kami adalah bagi menyediakan sebuah platform untuk rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan kecantikan dan kesihatan secara langsung dalam keselesaan rumah, acara, pejabat atau bilik hotel mereka sendiri
Kepada semua pelanggan dan pengguna aplikasi Sentuh, kami mengucapkan terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada visi ini dan berharap untuk melihat pertumbuhan mereka sebagai ahli terapis Sentuh.
Jika anda belum lagi memuat turun atau menggunakan applikasi Sentuh, ini adalah jemputan untuk anda menjadi sebahagian daripada pergerakan impak sosial ini.
Apabila anda membuat tempahan melalui applikasi Sentuh, anda bukan sahaja menerima sesi tempahan yang sewajarnya, tetapi anda juga membantu golongan wanita lokal kita yang rajin dan berdaya usaha yang sedang dalam perjalanan ke arah kehidupan yang lebih baik
0 Comments