6 ‘Pressure Points’ Untuk Legakan Anxiety!

Anxiety ataupun keresahan boleh menyerang hampir setiap orang. Ia adalah perkara biasa dan anda hanya perlu tahu cara terbaik mengawalnya.

Antara tanda-tanda keresahan termasuklah serangan panik, tubuh mengigil, rasa mual dan pening, keletihan, pitam, sesak nafas dan jantung berdegup laju.

Keresahan melampau dan serangan panik yang kerap boleh menggangu hari-hari anda. Terdapat pelbagai kaedah untuk meredakannya termasuk ubatan doktor, mengubah gaya hidup dan urutan untuk ketenangan minda. Jom lihat pressure points di tubuh anda yang boleh membantu melegakan keresahan.

DI BAHAGIAN TENGAH ANTARA KENING

Duduk dengan tegak dan dalam keadaan selesa. Tekan bahagian ini menggunakan ibu jari dan lakukan urutan putaran secara lembut selama lima hingga 10 minit.

HEAVENLY GATE POINT

Bahagian di luar tepi telinga ini sangat nipis tetapi jika di urut boleh melegakan stres, keresahan dan insomnia. Tekan dan picit berulang kali selama dua minit.

DI TENGAH BELAKANG BAHU

Picit bahagian ini dengan jari telunjuk dan ibu jari seperti mencubit. Bahagian ini jika diurut berulang kali mampu melegakan stres, sakit kepala dan lenguh bahu.

UNION VALLEY POINT

Bahagian lembut di antara jari telunjuk dan ibu jari. Urut secarat memicit selama seminit dalam tekanan medium. Ia mampu melegakan tegang leher, stres dan sakit kepala.

BAHAGIAN KAKI BERDEKATAN JARI KAKI

Urutan di bahagian ini mampu melegakan sakit perut kerana menstruasi, stres, keresahan dan juga pening kepala kerana hypertension. Duduk dan urut secara membulat selama lima minit.

BAHAGIAN LENGAN BERDEKATAN NADI TANGAN

Gosok dengan ibu jari secara perlahan di bahagian ini dan ulang di kedua belah tangan. Urut sambil bernafas secara perlahan.

SUMBER / FOTO : HEALTHLINE.COM