Cara Mudah Turun Berat Badan Secara Sihat

Published by sentuh on

Berbadan besar tidak bermakna anda tidak sihat. Tetapi jika faktor berat badan yang membuatkan anda jatuh sakit, pergerakan terhad dan mudah letih, sudah tiba masanya anda mengubah gaya hidup

Mungkin ada juga di kalangan anda yang telah mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan tetapi tidak berhasil. Jom kita selidik mengapa ia sukar dilakukan?

Pakar kesihatan menyarankan, diet yang sihat apabila anda berjaya menurunkan berat badan di antara 1 kilogram seminggu. Penurunan berat badan secara drastik adalah tidak sihat dan berbahaya!\

KURANGKAN PENGAMBILAN REFINED CARBS

Refined carbs adalah seperti makanan karbohidrat tinggi seperti nasi, pasta, roti putih dan makanan berasakan tepung. Begitu juga dengan makanan dan minuman bergula .

Sebaliknya pilih roti whole meal, beras perang dan air kosong sebagai ganti kepada minuman manis dan bersoda. Bagaimanapun ia tidak bermakna anda perlu berhenti mengambilnya, cuma kurangkan sahaja.

AMBIL MAKANAN TINGGI PROTEIN, SAYURAN DAN BUAHAN

Pengambilan protein membantu tubuh membakar kalori dengan mudah. Contoh terbaik untuk sumber protein seperti ikan, ayam, telur, tempeh dan tofu. hadkan pengambilan protein sehingga 450 kalori sehari. Ubah teknik masakan kepada panggang dan stim.

Sayuran seperti brokoli, bayam, timun dan kale adalah contoh terbaik. Anda boleh masak hanya menggunakan bawang putih dan minyak zaitun. Manakala buah-buahan, elakkan yang tinggi gula seperti pisang dan anggur. Sebaliknya pilih buah seperti tembikai, epal dan betik.

BERSENAM TIGA KALI SEMINGGU

Senaman yang dimaksudkan tidak semestinya yang terlalu berat seperti kardio ataupun berlari. Senaman regangan dan juga mendaki serta brisk-walking juga antara yang terbaik dan mudah. Yang penting, tubuh anda bergerak dan aktif. Ia bertujuan memastkan pengaliran darah berjalan lancar disamping ia membantu mengawal emosi anda.

ANTARA TIP LAIN:

  1. Minum segelas air kosong sebelum makan dan sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
  2. Pastikan anda tidur dengan cukup, sekurang-kurangnya tujuh jam sehari.
  3. Minum kopi tanpa gula kerana ia membantu meningkatkan metabolisma tubuh.
  4. Elakkan minuman manis, dessert dan jus buahan.
  5. Makan dengan perlahan dan kunyah dengan betul.
  6. Elakkan makan tiga jam sebelum waktu tidur.

Photo by Anna Pelzer on Unsplash


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *