Berapa Banyak Kalori Perlu Anda Ambil Dalam Sehari Untuk Kurus?

Published by sentuh on

Fakta yang ramai tidak tahu! Bersenam tidak membakar lemak sebaliknya membakar kalori tubuh. Ini bermakna selain daripada bersenam, anda juga perlu mengawal pengambilan jumlah kalori setiap hari untuk kurus dengan sihat.

Jumlah peratusan untuk kurus adalah bergantung kepada 20% dengan bersenam dan selebihnya, 80% bergantung kepada cara pemakanan anda. Jadi, berapakah jumlah kalori yang ideal untuk mempercepatkan proses untuk kurus?

Apabila anda cuba untuk megurangkan berat badan, cara paling sihat dan selamat adalah dengan mengurangkan 500 kalori daripada badan anda perlukan setiap hari. Cara ini membantu anda mengurangkan berat badan maksimum 1 kilogram dalam seminggu.

KALORI YANG DIPERLUKAN

Wanita yang aktif (berusia 26-50 tahun) memerlukan 2000 kalori setiap hari untuk kekal dengan berat badan terkini. Jadi, untuk mengurangkan berat badan, seorang wanita perlu mengawal kalori dengan hanya 1500 kalori setiap hari.

Manakala seorang lelaki aktif (berusia 26 -50 tahun) memerlukan sehingga 2,500 kalori setiap hari. Jadi apabila ditolak 500 kalori, jumlah yang disarankan adalah 2000 kalori setiap hari secara konsisten.

Cara untuk mengawal jumlah pengambilan kalori adalah dengan melakukan pengiraan untuk setiap makanan dan minuman yang di ambil. Contohnya, segelas teh tarik mengandungi kalori sebanyak 124-130 kal. Manakala makanan ruji seperti nasi bersama lauk-pauk boleh mencapai sehingga 500 – 700 kal.

Jadi, bayangkan jika anda telah melebihi jumlah kalori yang ideal selepas waktu makan tengahari? Apa yang penting adalah anda perlu mengawal kuantiti makanan. Cara terbaik adalah dengan memilih untuk minum air kosong yang tiada kalori sebagai ganti kepada air bergula.

Jangan lupa untuk tambah jumlah pengambilan sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu melancarkan proses penghadaman. Pakar diet menyarankan untuk orang Asia mengambil nasi pada waktu makan tengahari sahaja. Manakala untuk sarapan pagi dan makan malam, cuba pilih makanan yang lebih ringan dan ringkas seperti sup, sayur / buah-buahan atau ikan panggang.

Proses untuk mengurangkan berat badan akan lebih mudah apabila anda mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam tiga kali seminggu serta mendapatkan tidur sekurang-kurangnya tujuh jam sehari.


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *