Superfood: Mitos atau Fakta?

Dalam dunia pemakanan sihat sering kita lihat terma superfoods digunakan bagi menghuraikan sekumpulan makanan yang dikatakan mempunyai kadar nutrisi yang tinggi. Namun benarkah kenyataan ini? Atau adakah ianya sekadar mitos?

Realiti terma superfood hanyalah sekadar terma pemasaran yang digunakan untuk memasarkan kelebihan yang dipunyai oleh sesetengah makanan yang dipasarkan. Tidak ada makanan yang lebih sihat daripada yang lain kerana setiap satu mempunyai khasiat dan kelebihan tersendiri.

Sama ada anda menggunakan terma ini atau tidak, SENTUH senaraikan barisan makanan “superfood” yang anda patut amalkan dalam diet seharian:

Sayuran Berdaun Hijau Gelap

Photo by Dan Gold on Unsplash

Sayuran-sayuran dalam kumpulan ini mengandungi folat, zink, kalsium, ferum, magnesium, vitamin C dan fiber. Antara sayur yang anda harus cuba adalah kale, bayam, Swiss chards, collard greens dan turnip greens.

Buah-buah Beri

Photo by Cecilia Par on Unsplash

Buah-buah beri tidak asing lagi dan lazim dengan kekayaan vitamin, pengantioksida, dan mineral. Daya pengantioksida yang ada pada buah-buah beri dipercayai mampu mengurangkan kadar risiko sakit jantung dan barah. Anda boleh mencuba strawberi, beri biru, dan raspberi.

Teh Hijau

Photo by Matcha & CO on Unsplash

Teh yang sering dinikmati oleh orang Jepun ini merupakan satu minuman yang mempunyai sedikit kafein dan beberapa lagi kebaikan perubatan. Teh hijau juga kaya dengan pengantioksida dan kompaun polyphenolic. Tidak lupa juga keupayaan teh hijau dalam membantu proses menurunkan berat badan dek kerana gabungan catechin dan kafein.

Telur

Photo by Natalie Rhea Riggs on Unsplash

Walaupun mempunyai kadar kolestrol yang tinggi, telur masih lagi merupakan antara makanan yang dikategorikan sebagai makanan sihat. Antara nutrisi yang boleh didapati daripada telur adalah vitamin B, vitamin A, choline, dan selenium.

Kekacang dan Benih

Photo by chuttersnap on Unsplash

Golongan makanan ini terkenal dengan kandungan lemak berkhasiat yang terdapat dalamnya. Antara kacang dan benih yang sering dimakan adalah badam, pistasio, walnut, dan kacang macadamia.

Photo by Jannis Brandt on Unsplash
Ditulis oleh Ai Norzaid