fbpx

Ketahui Faedah Regangan Tubuh Untuk Kesihatan Anda

Published by sentuh on

Bila kita bercakap tentang stretching ia tidak terhad pada waktu bersukan sahaja tetapi dalam kehidupan seharian juga anda boleh lakukan aktiviti regangan. Ini adalah antara kebaikan stretching jika anda amalkan selalu:

Meningkatkan fleksibiliti

Stretching yang kerap boleh membantu meningkatkan fleksibiliti anda yang memainkan peranan penting untuk kesihatan anda secara keseluruhan. Daya fleksibiliti yang tinggi membantu melambatkan masalah sendi yang ada apabila usia lanjut.

Meningkatkan daya gerakan anda

Aktiviti stretching membantu anda dan daya gerakan anda agar tidak menjadi terhad. Faktor umur memainkan peranan besar dalam menghadkan daya gerakan sendi anda dan aktiviti ini boleh membantu melambatkan proses tersebut. Regangan statik dan dinamik merupakan dua cara efektik dalam membantu meningkatkan daya gerakan anda.

Meningkatkan peredaran darah kepada otot anda

Peredaran darah yang baik membantu meningkatkan aliran darah kepada otot anda. Hal ini juga akan membantu memendekkan waktu pemulihan daripada kecederaan dan mengurangkan muscle soreness.

Memperbaiki postur anda

Ketidakseimbangan otot adalah antara penyebab utama masalah postur. Gabungan regangan dan menguatkan kumpulan otot tertentu boleh mengurangkan kesakitan musculoskeletal dan mengalakkan alignment yang sewajarnya. Sekaligus memperbaiki postur anda.

Mengurangkan stres

Stres boleh menyebabkan otot anda menjadi tegang kerana otot lazimnya berbuat demikian apabila anda mengalami stres secara fizikal dan juga emosi. Dengan rutin stretching yang bagus, anda boleh mengurangkan stres pada otot-otot anda.

Photo by Natalie from Pexels
Ditulis oleh Ai Norzaid

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.