Sarung Bantal Punca Muka Naik Jerawat?

Published by sentuh on

Dah beli set penjagaan muka lengkap, siang dan malam konsisten pakai, tapi jerawat tetap naik?

Mungkinkah puncanya ialah sarung bantal anda? Bila kali terakhir anda tukar sarung bantal anda dan berapa kerap anda tukar?

Secara purata, kita boleh meluruhkan sebanyak 12,000,000 sel kulit mati dalam 1 malam sepanjang kita tidur!

Sel kulit mati yang kita luruhkan ini akan melekat pada cadar, sarung bantal, dan selimut yang kita gunakan.

Secara idealnya, anda disarankan agar mencuci & menukar sekurang-kurangnya 1 kali seminggu sarung bantal, cadar, dan selimut anda. Tetapi, jika lebih kerap, lebih bagus!

Sel kulit mati yang melekat pada sarung bantal, cadar, dan selimut inilah yang boleh menyebabkan kulit naik jerawat. Jerawat terhasil dari liang pori yang tersumbat dengan kotoran. Apabila tersumbat dalam jangka masa yang lama, ditambah dengan bakteria, terhasil lah jerawat.

Selain dari jerawat, kulit yang sensitif juga akan naik ruam, merah-merah atau kegatalan jika kita culas menukar sarung bantal, cadar & selimut.

Jadi, sudah tiba masanya untuk kerap menukar sarung bantal, cadar, dan selimut anda!

Sekali sekala pula, apa kata manjakan muka dan bersihkan kulit secara optimum dengan facial dari SENTUH? Selain facial, untuk kulit badan pula, SENTUH menawarkan pakej Body Scrub & juga Body Mask. Check out servis di SENTUH dan klik di sini!

Best rasanya bila kulit bersih, lembut, dan wangi pula tu!

Photo by Dominic Sansotta on Unsplash

Ditulis oleh Anna Shamsul

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *