Harga Lebih Murah Bila Anda Mengurut Bersama BFF?

Apa plan anda dengan BFF sempena International Friendship’s Day pada 30 Julai ini? Road trips, food hunting atau tonton wayang bersama? Apa kata anda dan rakan baik luang masa bersama dengan menempah sesi urutan.

SENTUH tampil dengan pakej Couple Massage dengan servis urutan klasik selama 80 minit. Pakej ini menjadi antara pakej paling banyak ditempah oleh pasangan suami isteri. Berikutan sambutan yang hangat, SENTUH sebelum ini sering menerima pertanyaan samada ia boleh ditempah untuk dua orang yang bukan pasangan suami isteri.

Sebenarnya SENTUH tidak pernah menghadkan ia hanyalah untuk pasangan suami isteri, malah ia boleh ditempah oleh sesiapa sahaja asalkan ia adalah untuk dua orang pada lokasi yang sama.

Jadi, sempena International Friendship’s Day bulan ini, SENTUH mahu anda raikannya bersama teman baik dengan pakej urutan ini. Asalkan ia dilakukan pada lokasi dan waktu yang sama.

Jantina tidak menjadi masalah kerana untuk anda, pelanggan lelaki juga boleh menempahnya. Jangan risau kerana terapis yang melakukan servis mengikut jantina pelanggan. Maknanya, terapis wanita hanya untuk pelanggan wanita, begitu juga sebaliknya.

Pakej Couple Massage ini tampil dengan servis urutan klasik samada aromaterapi mahupun tradisional serta urutan kaki selama 80 minit dengan harga RM300 untuk dua orang (harga asal RM390).

Muat turun aplikasi SENTUH di Apple Store dan Google Play Store sekarang dan pilih servis Couple Massage. Tertakluk terma dan syarat.

Happy International Friendship's Day!