Terlebih Bersenam Boleh Undang Bahaya?
Bersenam memang amalan yang bagus dan menyihatkan. Tapi bolehkah anda berada di dalam kategori “terlebih bersenam”? Ketahui tanda-tanda anda sebenarnya dah terlebih bersenam. Terlebih bersenam pun tak elok juga tau untuk badan!
Otot rasa sakit & berat
Jika pertama kali bersenam setelah sekian lama tidak bersenam, perkara ini agak normal. Tetapi, jika anda telah lama berkecimpung dalam dunia senaman dan otot masih rasa sakit dan terasa “berat”, anda mungkin terlebih bersenam
Kerap rasa penat dan mudah letih
Bersenam sebenarnya membantu meningkatkan stamina kita. Tetapi, jika anda menunjukkan simptom yang sebaliknya, seperti mudah rasa letih dan kerap terasa penat, sudah tiba masanya anda perlahankan sedikit aktiviti senaman anda tu!
Anda mempunyai masalah tidur seperti susah untuk tidur pada waktu malam (insomnia)
Jika anda punyai gejala sukar untuk lelap dan anda seorang yang aktif bersenam, ketahuilah anda mungkin telah terlebih bersenam
Mood kerap berubah, mudah berasa marah, keliru atau rasa murung/tertekan
Hormon stres akan dihasilkan sama seperti anda mengalami stres dari segi emosi
Kecederaan bahagian badan yang sama secara berulang
Jika anda mengalami kecederaan pada bahagian badan yang sama dan secara berulang, ini petanda anda perlu berehat seketika dari aktiviti senaman
Pernah dengar tentang Sports Massage? Bagi penggemar sukan, anda pasti tahu akan Sports Massage. Tujuan utama Sports Massage adalah untuk membantu mengurangkan tekanan dan ketegangan di bahagian tisu lembut badan semasa melakukan aktiviti fizikal
SENTUH ada menawarkan pakej Sports Massage bagi anda yang masih tercari-cari pakej urutan Sports Massage. Dikendalikan oleh therapist berkelayakan dalam bidang fisioterapi, anda pasti puas hati!
Klik di sini untuk info lanjut – SENTUH Sport Massage
0 Comments