Atasi Masalah Bau Badan Dengan 5 Cara Mudah Ini

Published by sentuh on

Bau badan adalah salah satu asas kebersihan yang patut dijaga oleh setiap individu kerana ia bukan sahaja membuatkan kita rasa kurang berkeyakinan, malah mengganggu orang lain.

Tapi jangan bimbang, masalah bau badan boleh diselesaikan asalkan kita tahu cara yang betul agar kekal wangi sepanjang hari.

1. Jangan sekadar mandi ‘kerbau’

Kebersihan tubuh sangat memberi kesan kepada bau badan, jadi pada waktu pagi jangan sekadar mandi ‘kerbau’. Sebaliknya pastikan anda menyental bahagian yang mudah berpeluh seperti ketiak, celah peha, tengkuk, kepala dan kaki.

2. Guna deodoran

Deodoran dapat membantu mengurangkan dan menghilangkan bau ketiak kerana kulit akan bertindak balas dan mencegah bakteria penyebab bau badan anda.

3. Sembur minyak wangi pada titik nadi

Menyembur minyak wangi dengan cara yang betul dapat membantu aromanya bertahan lebih lama.Sebaiknya, semburkan minyak wangi anda ke titik nadi pada tubuh seperti tengkuk, pergelangan tangan, bahagian bawah punggung dan belakang lutut. Ini kerana apabila suhu badan meningkat, bau akan lebih berbau harum.

4. Sapukan krim atau pelembap pada kulit

Jika anda tidak suka menggunakan minyak wangi atau deodoran, pelembap dan krim dapat membantu mencegah tubuh daripada berbau. Caranya juga mudah, selepas mandi sapu pelembap atau krim beraroma terutamanya pada titik nadi.

5. Pastikan kulit kepala bersih

Kulit kepala turut memainkan peranan terhadap kebersihan dan bau badan. Sebaiknya ketika mencuci rambut, pastikan anda menggosok kulit kepala agar semua kuman dan bakteria terhapus.

Photo by Hans Vivek on Unsplash
Writer: Alis Natassha

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *