Ini Sebabnya Kenapa Anda Perlu Amalkan Jus Detoks
Detoks adalah istilah baru untuk menggambarkan pelbagai resepi pemakanan dicipta untuk membersihkan badan, meningkatkan tenaga, dan membantu menurunkan berat badan secara drastik. Ia telah menjadi satu trend baru.
Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak manfaat di sebalik tren kesihatan ini yang anda mungkin perlu tahu.
Meningkatkan kesihatan kulit:
Dengan menghapuskan toksin dari tubuh dan mengurangkan keradangan, air detoks meningkatkan kesihatan kulit dan meminimumkan tanda-tanda penuaan. Apabila kulit tersumbat dengan bahan pencemar dan bahan kimia, ia menyebabkan kedutan, kekeringan dan tanda-tanda penuaan yang lain.
Kebanyakan bahan minuman detoks selalunya makanan yang mengandungi vitamin C, yang juga boleh membantu melewatkan penuaan secara perlahan dan menyembuhkan luka dengan membentuk tisu baru.
Meningkatkan tenaga dan kecergasan mental:
Bahan-bahan dari air detoks akan bekerjasama untuk mengurangkan keradangan, membersihkan hati dan meningkatkan tahap tenaga secara semula jadi. Tanpa bebanan toksin, anda akan berasa lebih ringan dan segar berbanding hidup dengan keletihan, perubahan mood dan kecelaruan minda (brain fog).
Bahan-bahan seperti lemon, rosemary dan pudina menyegarkan tubuh dan dapat meningkatkan kecergasan mental. Superfood ini juga membantu mengekalkan penghidratan, terutamanya selepas senaman atau hari yang sibuk.
Menyingkirkan toksin dari tubuh dan membersihkan hati:
Bahan pencemar alam sekitar, racun perosak, logam berat dan bahan kimia disimpan dalam tisu dan sel. Ini memberi kesan kepada fungsi sistem imun, mood, metabolisma dan keupayaan tubuh untuk melawan penyakit. Sebenarnya, simptom kesihatan yang buruk pada orang yang bebas dari penyakit yang didiagnosis mungkin juga berkaitan dengan pengumpulan toksin.
Membantu menghilangkan berat badan:
Air detoks boleh meningkatkan metabolisma dan tahap tenaga, memberikan anda rasa segar dan ringan sepanjang hari. Sesetengah buah-buahan, seperti limau gedang yang kaya dengan manfaat, bahkan mengandungi enzim-enzim khas yang membantu tubuh menggunakan gula, dengan itu meningkatkan metabolisma dan membantu mengurangkan berat badan.
Mengurangkan keradangan:
Apabila anda membersihkan hati dengan minuman pembersih (cleansing drink) ia memberi sistem pencernaan anda peluang untuk berehat daripada makanan berat. Ia sekaligus membantu mengurangkan radang penyebab penyakit dan bengkak di dalam tubuh. Sesetengah ramuan minuman detoks, seperti tembikai, timun, strawberi dan halia membantu mengurangkan keradangan semasa meredakan sistem pencernaan anda.
0 Comments