fbpx

5 Sebab Kenapa Kasut Tinggi Menyeksa Tubuh Anda

Published by sentuh on

Anda sering sakit belakang? Jika anda kerap memakai kasut bertumit tinggi, ketahuilah bahaya memakai kasut bertumit tinggi :

  1. Punca sakit belakang
    Bahagian pelvis kita akan menolak ke hadapan setiap kali kita berdiri dan berjalan memakai kasut bertumit tinggi. Hal ini mengakibatkan beban terhadap bahagian bawah belakang badan. Apabila masalah ini kerap berlaku secara berterusan, bahagian yang sakit akan menjadi radang (inflame) dan kesakitan mungkin kekal dan sukar untuk hilang
  2. Punca sakit sendi di bahagian kaki, terutama sekali bahagian lutut
    Memakai kasut bertumit tinggi akan menyebabkan proses semulajadi kaki ketika berjalan akan menjadi “terencat” atau “terbantut”, tidak seperti biasa. Ketika memakai kasut bertumit tinggi, beban juga akan diletakkan lebih di bahagian lutut. Jika anda seharian memakai kasut bertumit tinggi, tidak mustahil sendi anda akan berasa kaku
  3. Peredaran darah yang tidak lancar pada bahagian kaki
    Disebabkan kaki berada dalam keadaan yang tidak normal semasa memakai kasut tumit tinggi, peredaran darah dibahagian kaki akan menjadi tidak lancar dan tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Lantas menyebabkan kekejangan (cramp), kebas, dan boleh menjadi kepada munculnya masalah varicose vein.
  4. Masalah kuku kaki
    Bagi si pemakai kasut tumit tinggi, kuku kaki akan kelihatan seperti keputih-putihan/pucat/lesu dan nampak seperti ada masalah fungal nail. Tetapi, hakikatnya, kuku kaki menjadi begitu kerana trauma akibat kasut tinggi tersebut. Selain dari kuku kaki kelihatan tidak elok, pertumbuhan kuku kaki juga boleh menjadi agak “cacat”. Ini kerana kuku kaki mengikut acuan kaki kita dalam kasut
  5. Mendedahkan diri kepada risiko untuk cedera atau mengalami kecederaan
    Tapak kasut yang tinggi adalah tidak berapa stabil dan boleh menyebabkan kecederaan jika terjatuh

Jika anda masih perlu gunakan kasut bertumit tinggi, kami cadangkan agar anda kerap mengurut bahagian kaki, termasuk betis dan tapak kaki. Urutan di bahagian kaki boleh melegakan keadaan kaki yang sakit dan penat.

Cuba SENTUH Foot Massage 30 minit untuk RM80. Sekali sekala pula, manjakan kaki dengan Foot Spa (boleh cuba pakej SENTUH Foot Spa ; RM95 untuk 40 minit)

Photo by Apostolos Vamvouras on Unsplash

Check out servis urutan SENTUH di sini: SENTUH LITE


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *