5 Manfaat Lavender untuk Kesihatan dan Kecantikan

Published by sentuh on

Siapa yang tak suka dengan bau lavender? Ia sering menjadi pilihan sebagai pewangi rumah dan kereta, malah ada juga dalam bentuk minyak perapi untuk menenangkan fikiran. Tetapi di sebalik baunya yang harum, lavender memiliki pelbagai manfaat untuk kecantikan anda termasuk kulit dan rambut.

1. Anti penuaan

Mengamalkan menyapu minyak lavender pada kulit boleh melambatkan proses penuaan memandangkan ia kaya dengan antioksidan. Ia juga mampu melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit termasuk pembentukan garis halus dan kedutan pada wajah.

2. Merangsang pertumbuhan rambut

Bagi yang mengalami masalah rambut gugur, menyapu minyak lavender ke kepala mampu merangsang pertumbuhan rambut menjadi lebih lebat. Campurkan sedikit dengan minyak kelapa, lumurkan larutan itu ke bahagian kepala dan lakukan urutan lembut. Paling penting, ia juga sebagai pelindung membasmi kehadiran kutu.

3. Menyembuhkan sakit kepala

Tidak hanya sakit kepala biasa, lavender juga bisa menyembuhkan migrain. Caranya, pijatlah kepala dan leher menggunakan minyak lavender.

4. Mengatasi jerawat

Pencuci muka yg mengandungi bahan lavender mampu membunuh bakteria sekaligus memulih dan mencegah masalah jerawat pada wajah. Selain itu, minyak lavendar juga dapat membuka pori wajah bagi proses pemulihan kulit yang rosak. Caranya mudah, anda hanya perlu campurkan minyak lavender dengan minyak kelapa dan sapukan ke wajah selepas membersihkan muka.

5. Mencerahkan kulit

Haa! Tak payah sapu krim pencerah, cukup guna bahan yg mengandungi lavender. Cleanser Pure Lavender daripada Adania mampu merawat masalah warna kulit tidak sekata termasuk bintik-bintik hitam. Ia juga boleh menanggalkan kulit mati serta kemerahan pada kulit selain mengatasi masalah pigmentasi pada kulit.

Adania kini menawarkan diskaun 30% untuk kesemua produk termasuk Cleanser Pure Lavender. Untuk pembelian, klik di sini: ADANIA

Photo by rocknwool on Unsplash

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *