Ini Sebabnya Kenapa Anda Selalu Diserang Migrain!
MIGRAIN antara penyebab kepada sakit kepala yang berulang. Kadangkala ia boleh dielakkan dan ada ketika perlu melalui ‘teknik’ tertentu untuk mengelakkannya.
Sudah tiba masanya anda melakukan self-check mengenai tabiat harian yang mungkin menyumbang kepada serangan migrain yang kerap.
Makanan:
Kurangkan pengambilan alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
Persekitaran:
Merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari televisyen, bunyi bising dan bau yang kuat contohnya minyak wangi.
Psikologi:
Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagainya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrain hujung minggu’ (weekend migraine).
Ubat-ubatan:
Rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
Lain-lain:
Haid, pertukaran masa tidur, putus haid
Urutan antara tekni yang mampu mengawal serangan migrain kerana tubuh badan yang lesu dan keletihan membuatkan migrain menjadi lebih teruk.
Di SENTUH, kami menawarkan pakej urutan yang berbaloi untuk anda cuba. Check out di sini: Pakej Urutan SENTUH
0 Comments