5 Cara Mudah Kurangkan Stres!

Published by sentuh on

Kerap rasa stres? Jangan biarkan stres menghantui hidup anda! Sama ada masalah di tempat kerja, masalah keluarga atau masalah cinta, 5 cara ini dapat bantu tangani masalah stres. Mudah pula tu!

  1. Berhenti apa sahaja yang anda sedang lakukan. Pause. Lihat pokok-pokok menghijau
    Sentiasa rasa pelik kenapa rakan anda suka letak pokok kecil atas meja kerja dia? Sekarang anda dah tau kenapa. Melihat tumbuhan hijau untuk beberapa saat dapat merehatkan otot mata anda dan juga minda anda seketika. Jika anda susah untuk akses pergi ke taman atau hutan, melihat tumbuhan hiasan di rumah atau pejabat pun sudah memadai. Seretonin di dalam otak akan meningkat apabila kita berada di alam semulajadi seperti hutan, sungai, dan seumpamanya
  2. Minum secawan kopi latte, teh atau minuman berasaskan coklat
    Bergantung kepada citarasa anda, sama ada suka kopi pekat tanpa susu atau kopi susu, pilihlah minuman yang anda rasa dapat memberikan ketenangan (tetapi bukan minuman beralkohol ya!) buat anda. Ada sebab kenapa ramai yang suka melepak di kafe-kafe. Sesetengah kafe menyediakan ruang persekitaran (ambience) yang sangat selesa & menenangkan untuk anda nikmati minuman anda. Kafein yang ada di dalam kopi, teh, dan koko dapat membantu anda lebih alert & lebih segar
  3. Mulakan aktiviti senaman dengan konsisten
    Aktiviti seperti berjalan & bersiar-siar di taman bunga pasti buatkan hati anda berbunga-bunga juga. Berjalan kaki juga dapat membakar kalori. Lakukan secara konsisten setiap minggu. Stres kurang, badan pun lebih sihat. Aktiviti senaman dapat mengeluarkan hormon seretonin atau juga dikenali sebagai feel good hormones. Hormon ini berfungsi untuk menenangkan diri & membuatkan kita rasa lebih gembira
  4. Sentiasa amalkan pemikiran positif. Elakkan overthinking dan dampingi rakan-rakan yang berfikiran positif
    Kadang-kadang kita suka berfikir terlampau jauh hingga mengakibatkan munculnya masalah yang belum pun muncul. Ini juga dikenali sebagai overthinking. Kelilingilah juga hidup anda dengan individu-individu yang berfikiran positif kerana sedikit sebanyak ianya mempengaruhi cara pemikiran & juga gaya hidup anda
  5. Pergi berurut
    Berurut bukan untuk mereka yang sakit sahaja. Urutan dan pegangan dapat mengurangkan rasa stres di dalam diri. Tahukah anda? 1 jam urutan seluruh badan (full body massage) adalah bersamaan seperti anda mendapatkan 7-8 jam tidur. Berurut boleh membuatkan anda rasa lebih segar & bertenaga

Photo by Adrian Swancar on Unsplash

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *