SENTUH Antara Yang Pertama Tawarkan Khidmat Urutan Prenatal

Urutan prenatal bukan lagi asing di negara Barat dan kini semakin popular di Asia. Wanita Asia khususnya di Malaysia jarang melakukan urutan ketika hamil kerana ia bukanlah satu tradisi yang diamalkan di Malaysia.

Salah satu sebabnya adalah kerana dimomokkan dengan pantang larang dahulu kala. Selain itu, ibu-ibu hamil di Malaysia mengakui bimbang mengalami keguguran.

Pakar kehamilan antarabangsa menyarankan wanita hamil untuk melakukan urutan prenatal namun ia perlu dilakukan oleh pakar. Antara kebaikan urutan prenatal adalah memudahkan kelahiran bayi nanti.

Setiap perkhidmatan yang ditawarkan oleh SENTUH melalui prosedur yang sah dan hanya dilakukan oleh terapis yang diiktiraf. Oleh kerana khidmat urutan prenatal masih lagi asing di Malaysia, SENTUH mengambil inisiatif untuk mengkomersialkannya dan kami baru sahaja melancarkan rawatan prenatal, sekaligus menambah jumlah perkhidmatan sedia ada.

Sebagai menghargai pelanggan setia kami, SENTUH kini mencari ibu hamil bertuah untuk menjadi antara yang pertama merasai sendiri pengalaman khidmat prenatal ini. Untuk menyertai peraduan best ini, anda boleh ke Instagarm @sentuh.my dan jangan lupa untuk ikuti akaun rasmi kami juga.

Photo by Andre Furtado from Pexels