8 Kesan Buruk Yang Akan Berlaku Kalau Tak Cukup Tidur!
Selalu berjaga lewat? Kurang tidur? Tidur sekejap sangat? Jangan jadikan tabiat ini sebagai rutin. Kelak badan kita juga yang merana. Ini antara akibat dari tidak cukup tidur
- Kulit nampak lebih tua
Kulit kerap terasa kering, kelihatan tak bermaya & tampak lebih “matang” dari usia sebenar? Cuba check semula rutin tidur anda. Apabila kulit tampak “matang” dari usia sebenar, sekaligus anda akan kelihatan lebih tua berbanding rakan-rakan sebaya - Berat badan naik mendadak!
Anda rasa seperti susah untuk tampil langsing walaupun telah bersenam dan menjaga pemakanan anda? Tidur yang cukup membolehkan otot dan sistem badan kita berehat & mengalami proses healing yang sangat diperlukan - Mudah lupa?
Kerap lupa dan mudah lupa walaupun baru sahaja bos anda beritahu sebentar tadi apa tugas yang perlu diselesaikan dan bila perlu dihantar? Tidurlah dengan cukup selepas anda membaca artikel ini. Otak juga perlukan rehat yang secukupnya bagi memastikan maklumat yang diterima dapat diproses dengan efektif - Menjadikan kita kerap rasa bingung & sukar membuat keputusan yang baik
Sentiasa rasa blur atau blank secara tiba-tiba? Akibat rehat yang tidak cukup, otak akan alami kesukaran untuk buat sesuatu keputusan - Boleh mengakibatkan kita lebih berisiko untuk mengalami kemalangan
Apabila tidak cukup rehat, sistem kita akan menjadi kurang awas, lantas menjadikan kita berisiko untuk mengalami kemalangan. Sangat berbahaya jika anda perlu mengendalikan mesin atau memandu kenderaan - Prestasi seks menurun
Kerap rasa dingin terhadap pasangan dan kurang berkeinginan untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan? Mulakan tidur dengan cukup. Apabila rehat cukup, anda akan lebih gembira - Menjadikan kita berisiko untuk mengalami tekanan perasaan
Emosi anda sering bercelaru? Kerap rasa stres dan tertekan? Tidurlah - Boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti sakit jantung, kegagalan fungsi jantung, darah tinggi, strok, diabetes
Organ dalaman kita memerlukan masa untuk healing. Tidur yang cukup membuatkan organ dalaman kita akan dapat sembuh dengan efektif
0 Comments