4 Sebab Kenapa Urutan Mampu Bahagiakan Anda Dan Pasangan!
Minda dan tubuh yang sihat menjanjikan kebahagian hubungan anda dan pasangan. Sentuh senaraikan empat sebab kenapa and dan si dia patut lakukan sesi urutan di spa bersama.
- “Couple that massages together, stays together”
Pernah dengar pepatah ini? “Together” bermaksud bila anda kekal sihat bersama, sudah tentu anda akan berdua kekal bersama. Aktiviti urutan bersama di hujung minggu memberi kesan lebih hebat berbanding makan malam berdua. Bukan sahaja mencipta suasana sensual, tetapi meningkatkan mood yang tenang. - Mengurangkan stres dalam hubungan
Mungkin pasangan anda melalui pelbagai masalah atau dugaan di tempat kerja atau terlalu sibuk hingga kurang meluangkan masa bersama anda. Sedikit sebanyak, situasi ini mungkin akan memberikan tekanan terhadap perhubungan. Dengan sesi Couple Massage, anda dan pasangan dapat meluangkan masa bersama sambil relaks. - Pasangan rasa lebih dihargai
Bayangkan pasangan penat seharian berada di tempat kerja, kemudian anda memberi kejutan menghadiahkan beliau dengan sesi urutan oleh therapist yang handal mengurut? Pasti rasa penat digantikan dengan rasa terharu. Dinner date is so yesterday. - Dapat rasai pengalaman pergi ke spa bertaraf 5 bintang tanpa perlu keluar rumah
Therapist dari SENTUH akan hadir sendiri ke rumah anda membawa bersama katil-katil urutan (massage table), lengkap bersama minyak urutan premium, wangian aromaterapi beserta muzik spa. Tanpa perlu bersesak di jalanraya & mencari parking, biar therapist SENTUH sahaja yang akan datang ke lokasi anda
0 Comments