7 Kebaikan Urutan Untuk Wanita Hamil

Published by sentuh on

Urutan ketika hamil di kalangan wanita Barat bukan lagi asing. Tetapi ia dilihat bukanlah satu amalan penting dikalangan wanita Asia kerana sering dimomokkan dengan keburukan mengurut yang dikatakan boleh menjejaskan kandungan.

Wanita Asia lebih cenderung memilih perkhidmatan urutan selepas habis tempoh berpantang. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini perkhidmatan prenatal semakin diterima baik, apatah lagi ia disarankan oleh pakar kehamilan. Jom check out apa kebaikan berurut ketika hamil.

  • Tidur lebih nyenyak. Urutan deep tissue membantu meningkatkan pengeluaran hormon melatonin dan serotonin dalam tubuh. Ini membuatkan si ibu mendapat tidur yang lebih lena serta mengatasi masalah insomnia.
  • Mengurangkan stres dan anxiety. Urutan juga mengurangkan pengeluaran hormon cortisol yang berkait rapat dengan kadar stres manusia. Wanita hamil sering diserang dengan mood yang tidak menentu dan urutan dapat menjadikan mereka lebih tenang dan positif.
  • Mengurangkan gejala otot bengak. Oedema adalah terma medikal yang bermaksud bengkak. Bengkak di beberapa bahagian tubuh terutamanya otot dan kaki adalah perkara normal, terutamanya selepas melepasi trimester kedua. Ia berlaku kerana peredaran darah yang kurang lancar. Urutan mampu meningkatkan keupayaan sistem limfa dan melancarkan peredaran darah.
  • Tiada lagi kekejangan otot. Otot kejang dan sakit adalah perkara normal ketika sarat hamil. Perubahan saiz tubuh mengehadkan pergerakan si ibu dan menyebabkan mereka lebih kerap duduk dan baring.
  • Mengurangkan risiko kelahiran pra-matang. Kajian menunjukkan wanita hamil yang kerap melakukan rawatan urutan prenatal mempunyai risiko rendah kelahiran pra-matang berbanding yang tidak langsung berurut sepanjang kehamilan.

Urutan dan terapi tubuh ketika hamil banyak memberi manfaat kepada bakal ibu, tetapi disarankan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Urutan prenatal perlu dilakukan secara profesional dan dikendalikan oleh pakar terapi yang berdaftar. Di Sentuh, kami memastikan segala perkhidmatan kepada pelanggan, menepati kualiti dan prosuder yang sah.

Sumber: https://www.melbournesportsphysiotherapy.com.au/
Photo by Suhyeon Choi on Unsplash


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *