5 Hadiah Terbaik Sempena Hari Bapa

Published by sentuh on

Sambutan Hari Bapa mungkin kurang diberikan perhatian berbanding Hari Ibu. Mungkin sebab kebanyakan bapa tidak sukakan kejutan berbanding ibu.

Sempena sambutan Hari Bapa, apa kata anda berikan sedikit perhatian dan raikan bapa semeriah meraikan ibu. Salah satu sebab ia kurang disambut meriah mungkin kerana memilih hadiah untuk bapa agak terhad. SENTUH senaraikan idea terbaik untuk anda. Pasti bapa anda terharu!

  1. DOMPET

Lelaki selalunya lebih gemar memakai dompet yang sama dalam jangka masa yang lama, sehingga ia betul-betul lusuh. Dompet adalah idea paling selamat dan mudah untuk dicari. Bagaimanapun bergantung pada si status si bapa. Contohnya jika untuk ayah, dompet jenis kulit dan mempunyai banyak slot lebih sesuai kerana mereka mempunyai ruang lebihan untuk menyimpan resit dan sebagainya. Manakala untuk suami yang bergelar ayah dan berkerjaya, dompet jenis clutch kelihatan lebih trendy.

2. JAM TANGAN

Atas sebab lelaki tidak mempunyai pilihan aksesori yang banyak seperti wanita. Jadi, untuk menonjolkan imej mereka agar tampak lebih menarik, kacak dan bergaya, sekurang-kurangnya seutas jam tangan mesti ada pada mereka, and they will never say no to that. Tidak kisahlah jenama apa pun, asalkan ia ikhlas dari anda.

3. PERFUME

Antara hadiah terbaik untuk diberikan kepada ayah tersayang. Namun, pastikan dulu wangian kesukaan ayah anda dari segi jenama, haruman dan jenis. Rugi jika wangian tersebut tidak dipakainya. Oleh itu, antara jenama-jenama yang kami cadangkan adalah Ferrari for Men, Giorgio Armani Acqua Di Gio for Men atau Dunhill Desire Red for Men.

4. SET KELENGKAPAN MEMANCING

Set lengkap joran pastinya buatkan si bapa menghargainya dengan sepenuhnya. Ianya sesuai buat si bapa yang gemarkan aktiviti memancing. Ia bukan hanya mampu buatkan si bapa terharu, malah mampu buatkan mereka sentiasa terisi masanya dengan aktiviti yang berguna dan mengeluarkan peluh apatah lagi jika ianya sesi memancing bersama anda.

5. DADDY SPA

Menghadiahkan sesi urutan buat si bapa mungkin sesuatu yang tidak pernah terlintas difikiran. Tetapi ia adalah satu idea yang menarik dan mereka pasti sukakannya. Ditambah pula dengan stres ketika terpaksa ‘berkurung’ ketika PKP lalu, si bapa pasti menyukai hadiah ini. Sempena sambutan Hari Bapa 21 Jun ini, SENTUH mahu berikan diskaun 15% untuk semua jenis perkhimatan dan anda hanya perlu muat turun app SENTUH di Google Playstore ataupun Apple Store, dan boleh mula menempah.

Photo: piqsels.com


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *