fbpx

Bahayanya Kesan Stres Kepada Fizikal Dan Mental

Published by sentuh on

Kita sering memandang ringan tentang stres namun tahukah anda ada jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh stres hingga membawa maut? Berikut adalah antara kesan-kesan stres terhadap fizikal dan mental jika kita tidak pandai mengurusnya dengan baik:

Sering lupa dan hilang fokus

Stres boleh menyebabkan kita sering lupa dan susah untuk fokus. Ini kerana apabila stres, kita sering hilang fokus untuk memberi tumpuan terhadap perkara lain yang terjadi di sekeliling. Masalah ini bukan sahaja memberi impak negatif terhadap kehidupan seharian, malahan prestasi kerja juga boleh merosot jika kita susah fokus untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. 

Sakit kepala

Sakit kepala yang berpunca daripada stres juga dikenali sebagai sakit kepala akibat pengecutan otot yang berlaku daripada tekanan emosi atau ketegangan fizikal. Sakit kepala ini boleh berlaku sekali atau berulang-ulang dalam seminggu bergantung kepada tahap emosi mereka yang stress. 

Sistem Penghadaman

Stres yang kronik boleh mengganggu sistem penghadaman manusia. Simptom seperti mual, perut berangin, makanan susah untuk dihadam boleh jadi berpunca daripada stres. Sekiranya kita menghadapi simptom ini, pastinya kualiti kehidupan dan kesihatan terjejas. 

Emosi tidak stabil

Emosi yang tidak stabil adalah salah satu kesan negatif yang terjadi disebabkan stres. Mereka yang menderita akibat stres tidak mampu menyelesaikan masalah walaupun ia hanyalah masalah kecil. Selain itu penderita juga akan sering rasa cemas dan mudah risau tentang perkara-perkara kecil. Mereka yang menghadapi stres akan mudah berasa kecewa, cepat naik darah dan mudah marah. Kesan ini bukan sahaja boleh memberi impak negatif dalam pekerjaan, malahan hubungan dengan rakan dan keluarga juga boleh terjejas disebabkan emosi yang tidak stabil. 

Photo by Matteo Vistocco on Unsplash
Writter: Allis Natassha



0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *